Khairul Aming tetap pilih tengahari kongsi juadah berbuka, buat ramai terliur
Siapa sahaja tidak kenal dengan jejaka berbakat besar dalam bidang masakan, Khairul Aming.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, antara insan atau pempengaruh media sosial yang dinanti ramai untuk melihat konten-konten dikongsinya ialah Khairul Aming di platform media sosial miliknya.
Kongsi empat menu air berbuka puasa
Terbaharu, belum sehari umat Islam berpuasa, Khairul Aming atau lebih dikenali jejaka ‘Hey, What’s Up Guys’ nampak sudah berkongsi membuatkan ramai terliur dengan beberapa menu air berbuka puasa.
Menerusi hantaran ’emas’ yang sentiasa dinanti-nantikan, anak kelahiran Kelantan itu berkongsi empat menu air untuk berbuka puasa iaitu Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici dan Coconut Shake Gula Melaka yang mudah dan pantas dibuat.
Dalam video berkenaan, turut disertakan bahan-bahan dan langkah-langkah mudah untuk membuat kesemua menu berkenaan.
Dia mari waktu tenghahari…
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa geram dalam suka apabila melihat jejaka berusia 31 tahun itu berkongsi menu yang mereka nanti-nantikan selama ini.
Apa yang paling ditunggu mereka adalah ‘trademark’ yang sering digunakan pada pembuka video selain sudu kayu ikonik milik Khairul Aming sejak awal kemunculannya.
Tengah panas ni, buat terliur
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah masing-masing seakan tidak dapat menahan dahaga sebaik sahaja melihat video berkenaan. Lebih-lebih lagi, ia dikongsikan pada waktu tengahari iaitu detik ‘genting’ bagi semua orang, dicampur pula dengan cuaca panas terik.
Wah, rasa macam tak sabar pula nak cuba resepi yang dikongsikan oleh Khairul Aming kejap lagi!