Khairy arah larangan merokok dalam kedai makan kembali dikuatkuasakan

Khairy arah larangan merokok dalam kedai makan kembali dikuatkuasakan

Penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan akan ditingkatkan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

Menurut porral FMR, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitternya berkata beliau telah mengarahkan pasukan penguat kuasa untuk berbuat demikian semalam.

“Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi.

“Sambil memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut. Sekali harung,” katanya.

Penguatkuasaan penuh Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 pindaan 2018 iaitu larangan merokok di semua premis makanan termasuk premis makanan terbuka, telah bermula pada 1 Jan 2020.