Khairy dibidas tidak serius selesaikan isu kematian Revnesh

Khairy dibidas tidak serius selesaikan isu kematian Revnesh

Keputusan kes kematian remaja lelaki, Revnesh Kumar dan beberapa kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang serius nampak gayanya akan mengambil masa yang lebih panjang.

Ini selepas kematian remaja tersebut akan dirujuk kepada panel bebas melibatkan pakar bukan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menerusi Twitter berkata panel bebas itu dipertanggungjawab untuk membuat siasatan dan menyemak laporan disediakan KKM.

โ€œKes kematian Revnesh Kumar dan juga kes-kes AEFI serius yang lain akan dirujuk kepada sebuah panel bebas yang terdiri dari pakar luar (bukan pakar @KKMPutrajaya) untuk siasat dan semak laporan yang disediakan KKM,โ€ katanya.

Revnesh didakwa meninggal dunia selepas divaksin pada 16 Jan lalu.

Khairy membalas ciapan Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago yang menggesa supaya satu panel siasatan bebas diwujudkan bagi meneliti hasil bedah siasat ke atas Revnesh jika benar tiada kematian dikaitkan dengan vaksin.

โ€œKKM harus berusaha lebih keras untuk mendapatkan pandangan bebas mengenai laporan bedah siasat untuk meredakan ketakutan dalam kalangan ibu bapa,โ€ kata Charles di Twitter hari ini.

Pada 4 Mac lalu, Khairy dilaporkan bertemu ibu bapa remaja lelaki itu untuk memaklumkan hasil bedah siasat kematiannya.

Sebelum ini, media melaporkan ibu bapa remaja itu pada satu sidang media, menggesa pihak berkaitan memberikan penjelasan berhubung kematian mangsa, beberapa minggu selepas mengambil vaksin pada Januari lalu.