Khairy dibidas tumpu perbaiki kosmetik, jumlah kematian Covid-19 dan staf menteri sama tinggi

Khairy dibidas tumpu perbaiki kosmetik, jumlah kematian Covid-19 dan staf menteri sama tinggi

330 KEMATIAN HARI NI.. KJ SIBUK SEMBANG PASAL RENTAS NEGERI..

Aku tak tahu KJ ni faham tentang tugas hakiki dia sebagai Menteri Kesihatan, Dalam keadaan hari ini dilaporkan berlaku kematian lebih 330 Pesakit, Dan 98 Kematian diluar Hospital/Brought In Dead BID.. Dah hampir 18 ribu orang Meninggal Dunia..Dia sibuk sembang soal rentas negeri..

Tak faham aku, Ada 2 timbalan dengan Penasihat Khas.. Masih takda satu master Plan bagaimana mempertingkatkan sistem kesihatan.. Bagaimana mengurangkan jumlah kematian, bagaimana memastikan Pesakit tahap 2-3 pun patut dirawat di hospital..Bagaimana memutuskan rantaian.. Tetapi dok berlagak ambil fungsi MKN nak bincang soal rentas Negeri..

Kita antara Negara terburuk rekodkan Jangkitan kes atau Kebolehjangkitan, Paling tinggi jumlah Kematian berbanding Populasi rakyat.. Ini yang patut difokuskan, Berfikir bagaimana Negara seperti Indonesia yg sistem kesihatannya lebih teruk dari Malaysia dapat landaikan tanpa Lockdown.. Bagaimana Korea Selatan dan Taiwan dapat tangani tanpa Lockdown..

Boleh jadi dia masih terbuai dengan Tugas dia menguruskan Vaksin, Memang betul..Tu sebab awal awal KJ Kata dia mahu peruntukan disegerakan untuk KKM.. Seronok uruskan proses Vaksinasi ni.. kenapa ? Sebab dana yang besar, No Limit..

Ada RM 5 Billion..Ko buat lah mcm mana, Lantik vendor..Buat tender.. Berebut nak buat PPV.. Kat Perak ni sampai Sunway Lostworld dan Golf Resort pun sibuk jadi Host..Kenapa ? Belanja mewah..Sampai ada Maskot hiburkan dan bodohkan orang di PPV.. dan jadi macam taman tema.. Sebab duit terlalu banyak untuk dihabiskan.. Berbeza uruskan agensi Kesihatan..

Tu sebab dalam KKM ni, ada banyak perkara perlu difikirkan..Ada Doktor masih menuntut hak mereka..Mereka perlukan pertambahan Aset, Sebagai contoh..Dari 500 Ambulan diumumkan peruntukkan, hanya 5 Ambulan baru sampai di HTAR.. Sebab apa? Duit takda.. KKM ni bukan jaga Covid-19..Ramai lah pesakit lain menunggu giliran, Sampaikan ketika dikatakan bekalan Ubat terputus..

Jadi KJ jangan berangan macam kamu urus PPV.. Dulu Kerajaan anggap Vaksin tu macam Ubat, Lepas Vaksin..Semua dah kebal dari dijangkiti dan menjangkiti orang..hari ni..KL dah capai 100% Vaksinasi..Selangor dah 70%..Dah lepas tahap Herd Immunity.. Tapi kematian dan Kes jangkitan masih tinggi..Lebih teruk BID..

Nak uruskan wabak ini, Kena ada Kebijaksanaan.. Kena ada Pengalaman urus Krisis.. Kita tak tahu apa yang kita akan hadap pada masa akan datang..Dulu pun takda sapa jangka kita boleh berlaku lonjakan..Tidak siapa pernah terfikirkan kesan varian Delta.. Dan hari ini Kerajaan perlu bersedia dengan apa apa Varian dan jangkaan baru..

KJ dok sibuk berangan seperti Negara EU dan Singapura.. Kononnya nak beralih dari pandemik ke Endemik..Negara depa berjaya putuskan rantaian itu dulu.. Baru fikir pasal beralih ke fasa Endemik.. Itu bukan tugas kamu..Itu MKN.. Tugas kamu bagaimana memutuskan rantaian, Bagaimana landaikan jumlah kematian..Pertingkatkan sistem kesihatan..

Tak tahu lah..Uruskan masalah kesihatan pun Fail. Ekonomi pun makin teruk.. Bukan wabak jer tak terkawal..hari ni ramai yang mengeluh harga barang pun tak terkawal.. 🙂

Ipohmali