Khairy dijangka tarik semula arahan pakai pelitup muka dalam pengumuman khas minggu hadapan

Khairy dijangka tarik semula arahan pakai pelitup muka dalam pengumuman khas minggu hadapan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengumumkan ‘sesuatu’ berkaitan sambutan Aidilfitri, minggu depan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok malam ini, Khairy berkata, beliau akan juga mengumumkan beberapa perkara penting lain.

“Minggu depan saya akan umumkan ‘update’ berkenaan dengan sambutan hari raya… jeng, jeng, jeng… dan juga beberapa pengumuman lain yang penting,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak leka dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika meraikan sambutan Aidilfitri kelak.

Katanya, ia penting untuk memastikan mereka yang berisiko tinggi terus dilindungi daripada wabak COVID-19.

“Jadi kita ada ibu bapa atau datuk nenek masih belum mendapatkan booster (dos penggalak) kerana mereka warga emas, bawa mereka untuk ambil booster sebab COVID-19 masih bahaya.

“Malah saya sudah umumkan warga emas yang layak dan berisiko tinggi boleh mengambil dos penggalak kedua bagi menambah imuniti mereka. Ini adalah pilihan..jangan kata saya paksalah atau sebagainya,” katanya.