Khairy Jamaludin terima tawaran, sah jadi DJ di Hot FM mulai 15 Februari ini

Khairy Jamaludin terima tawaran, sah jadi DJ di Hot FM mulai 15 Februari ini

 

Media Prima Audio (MPA) hari ini mengesahkan bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan bertugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM mulai Rabu depan.

Memetik laporan Harian Metro, Khairy akan mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio tersohor berkenaan mulai 15 Februari ini seperti mana dimaklumkan oleh MPA dalam kenyataan.

KJ sahkan sendiri, sertai Hot FM!

Malah, ahli politik berusia 47 tahun itu mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM dalam temu ramah melalui panggilan telefon pada segmen tersebut yang dikendalikan oleh Johan, AG dan Datuk AC Mizal pagi tadi.

https://twitter.com/hotfm976/status/1623525318085718016?s=20&t=Pm3IqydS-i5vO8OqiT_A9g

KJ warnai dan hangatkan Hot FM

Terdahulu, MPA menawarkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi kepada Khairy atau mesra disapa KJ.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, peluang yang ditawarkan kepada Khairy pastinya memberi suntikan dan nafas baharu buat Hot FM untuk menjadikan ia segmen lebih menarik kepada pendengar.

“Khairy atau KJ bukan saja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.
“Kehadiran KJ bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara.

Tambahnya lagi, pengisian dan kandungan segmen berkenaan akan diolah untuk menadi lebih segar, komedi yang melucukan, dipenuhi dengan celoteh dan gelak ketawa untuk menghibukan orang ramai.

Selain itu, ia juga mampu memberikan aura positif daripada Hot FM kepada pendengar.

Di kesempatan itu, pihak Hot Fm mengucapkan terima kasih kepada Khairy kerana sudi menyertai mereka sebagai salah seorang penyampai bagi segmen Bekpes Hot.