Khairy umum tarik semula arahan pakai pelitup muka kecuali di dua tempat

Khairy umum tarik semula arahan pakai pelitup muka kecuali di dua tempat

Bermula 1 Mei ini, pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan apabila berada di dalam bangunan dan di dalam pengangkutan awam termasuk e-hailing.

Memetik laporan Sinar Harian. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi amat digalakkan.

“Pemakaian pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya dekat sini pada Rabu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut membuat keputusan membenarkan aktiviti takbir hari raya di masjid dan surau seluruh negara.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, aktiviti tersebut juga dibenarkan dari rumah ke rumah tetapi perlu sentiasa memakai pelitup muka.

“Solat sunat hari raya juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau dengan kapasiti 100 peratus dengan semua jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa,” katanya.

Menurutnya, turut dibenarkan, jamuan selepas solat di masjid atau surau, program ziarah, ziarah tanah perkuburan, rumah terbuka atau majlis hari raya indoor serta outdoor.

“Aidilfitri kali ini adalah satu rahmat untuk kita raikan bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai selepas dua tahun kita memerangi pandemik Covid-19.

Oleh itu dalam Fasa Peralihan ke Endemik ini, menjadi tanggungjawab kita untuk pastikan perayaan ini tidak berakhir dengan kemudaratan,” katanya.