Kieda Crepe dedah suspek rompak orang yang sama pecah masuk rumah Kak KM
Usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe mendakwa suspek yang memecah masuk rumahnya merupakan orang yang sama memecah masuk kediaman usahawan sensasi, Liana Rosli atau mesra dengan sapaan Kak KM.
Menerusi hantaran di TikTok, Kieda memberitahu empat orang suspek tersebut merupakan pasangan suami isteri dan adik beradik.
Selain kediaman Kak KM, suspek juga didakwa pernah memecah masuk rumah founder produk kosmetik di Kelantan dan seorang lagi usahawan di Rawang.
Empat suspek yang terlibat dalam kes saya adalah suami isteri dan adik beradik. Mereka sudah biasa pecah rumah Kak KM, pernah juga pecah rumah founder Selangor.
Semua suspek itu saya dan suami langsung tidak kenal. Mereka duduk di Kuantan, tapi buat kerja (merompak) di Penang. Rupanya mereka buat road tour.
Dedah Kieda lagi, berdasarkan maklumat daripada pihak D4 dan IPD Kepala Batas, suspek aktif melakukan jenayah yang sama biarpun masih berdepan dengan prosiding kes rompakan di rumah Kak KM.
Dalam hantaran sama, Kieda meluahkan rasa syukur apabila sedikit petunjuk telah ditemui berhubung kes pecah masuk rumahnya yang berlaku April lalu.
Hari ke-44 dapat jawapan, sedikit menenangkan hati saya dan suami. Hilang sedikit trauma.
Kami juga menunggu siasatan yang sedang berjalan sekarang ini. Empat suspek itu sudah direman. Semoga ada keadilan.
Sementara itu, suami kepada Kieda iaitu Hilmi Zaki mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang telah bertungkus lumus menjalankan siasatan.
Terdahulu, Kieda melahirkan rasa syukur apabila suspek kes pecah masuk rumahnya berjaya diberkas oleh pihak polis.
Menerusi laporan media, empat suspek termasuk dua wanita ditahan reman selama enam hari sehingga 11 Jun ini bagi membantu siasatan kes.
Pada 25 April lalu, Kieda mendakwa kerugian kira-kira RM800,000 selepas peti besi mengandungi barangan kemas miliknya dilarikan perompak yang memecah masuk rumahnya di Pokok Sena, Pulau Pinang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman, berkata, kesemua suspek terbabit berusia dalam lingkungan 20 hingga 27 tahun dan mereka berjaya ditahan di Jalan Duta, Kuala Lumpur antara pukul 9 hingga 10 pagi pada Khamis.
Menurutnya, polis turut merampas barangan kemas bernilai RM40,000 dipercayai milik usahawan tersebut. Beliau juga tidak menolak akan ada lagi tangkapan untuk membantu siasatan berhubung kes terbabit.
@kiedacrepepenang Genap 44 hari 🤲🏻 Assalmmualaikum , mohon semua follower-follower kieda mendoakan keajaiban dan siasatan polis berjalan dengan lancar ✍🏻 Kieda dapat balik hak2 kieda yang kieda cari selama ni . Dan kita sama-sama doakan , semoga pihak #PDRM dapat jalankan tugas dalam Amanah dan Tulus🤲🏻 @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse