King Myvi buat hal potong ‘Q’, tersangkut sampai bumper jatuh

King Myvi buat hal potong ‘Q’, tersangkut sampai bumper jatuh

 

Pada musim perayaan ini jalan highway mahupun jalan kampung, keadaan lalu-lintas sangat sesak dengan kenderaan yang balik beraya dari satu tempat ke tempat lain.

Seorang pemandu Perodua Myvi mendapat ‘pengajaran’ paling bermakna dalam hidup apabila keretanya terjatuh dan tersangkut di tebing sekolah.

Menurut TikTok @m.a7annnn kejadian itu berlaku dipercayai apabila pemandu Myvi tersebut cuba memotong barisan panjang di laluan berkenaan.

@m.a7annnn

king problem 🤣 orang lain boleh je ikut que . part 2 menyusul 🤣 #myvi #fyp #setiuterengganu #fypage

♬ Stars – Radio Edit – Ahzee

Dalam video berkenaan pemandu itu ‘berusaha keras’ bergerak kehadapan dan kebelakang untuk keluarkan separuh badan King yang tersangkut.

Apabila perakam melepasi kereta Myvi itu, bahagian bumper hadapan sudah tercabut. Walaupun kereta sudah teruk sebegitu, namun tiada kereta lain yang berhenti memberikan bantuan.

@m.a7annnn

Replying to @Jalud_86 @ RHM ok ok bang saya dah post , abg boleh sambung jemur baju panas panas ni 🤣🤣🤣 part 3 menyusul lagi ni haha

♬ Mara Bahaya – Pop Shuvit

Netizen umpamakan situasi itu sebagai ‘orang tamak, selalu rugi’. Hanya sebab tidak boleh bersabar beberapa minit, pemandu itu terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membaiki kerosakan kereta King tersebut.

Dalam pada itu, ada berasa kesian selepas menonton video tersebut. Mereka berpendapat pemandu Myvi itu mungkin dalam ‘kecemasan’ sehingga dia terpaksa memotong kereta-kereta lain.

Namun nasib tidak menyebelahinya, kereta pula tersangkut di bahagian tebing selekoh berkenaan.