Kini langganan di App Store boleh dibayar melalui ShopeePay

Kini langganan di App Store boleh dibayar melalui ShopeePay

 

ShopeePay, dompet mudah alih bersepadu Shopee, kini tersedia sebagai kaedah pembayaran untuk perkhidmatan Apple di Malaysia.

Dompet mudah alih yang dilancarkan pada tahun 2015 ini memberikan pengalaman membeli-belah yang lancar dengan membolehkan pengguna membuat pembayaran atas talian di Shopee, menambah nilai dompet mereka, memindahkan dan mengeluarkan wang, dan membuat pembayaran di luar talian di beribu-ribu lokasi perniagaan.

Pelanggan boleh menggunakan akaun ShopeePay mereka untuk membayar pembelian App Store, Apple Music, aplikasi Apple TV, iTunes Store, storan iCloud dan banyak lagi.

shopeepay

Penambahan ShopeePay sebagai kaedah pembayaran Apple ID menawarkan cara baharu untuk membayar perkhidmatan Apple tanpa memerlukan kad kredit dan masih membenarkan pembelian satu ketik yang mudah dan selamat daripada produk Apple termasuk iPhone, iPad dan Mac.

Pelanggan boleh mengurus maklumat pembayaran Apple ID mereka dalam Tetapan pada iPhone dan iPad, atau pada Mac atau PC mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang cara menambah ShopeePay sebagai kaedah pembayaran, sila
layari laman web Shopee di sini.