Kipas semakin lama tak ‘function’, ikuti 7 langkah mudah ini baiki sendiri di rumah

Kipas semakin lama tak ‘function’, ikuti 7 langkah mudah ini baiki sendiri di rumah

 

KIPAS angin merupakan peralatan elektrik yang biasanya ada di dalam hampir setiap rumah.

Ramai yang sedar tahap kelajuannya semakin menurun sekiranya sudah digunakan dalam tempoh beberapa tahun.

Masalah ini adalah normal apatah lagi jika kipas digunakan hampir setiap hari.

Sekiranya berlaku situasi seperti ini, anda tidak perlulah membeli kipas baharu atau menghantarnya ke kedai untuk servis atau baik pulih.

Sebaliknya, boleh cuba sendiri cara mudah ini supaya putaran kipas angin anda kembali laju seperti asal.

Cara mudah mengeluarkan dan menggantikan kapasitor.

Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, lutfyhady cukup memberikan manfaat kepada semua.

Ikuti 7 langkah mudah ini untuk kipas anda kembali kepada kelajuan asal:

1. Mulakan dengan membuka skru yang berada pada sangkar kipas dan juga buka penutup hadapan kipas.

2. Cabut ‘telinga’ sebatang yang berfungsi untuk menggerakan kipas ke kiri dan kanan.

3. ’Bogelkan’ kipas sehingga boleh nampak kotak hitam (kapasitor) di dalamnya.

Gantikan kapasitor baharu pada kipas.

4. Dapatkan kapasitor yang sesuai mengikut ‘ value’ kipas di kedai perkakasan elektrik.

5. Jika remeh nak buka satu-persatu, potong solder dengan kapasitor baharu.

6. Bagi menggantikan wayar hitam, potong pelekat hitam untuk dijadikan sambungan.

7. Pasang dan skru semula sepertimana kipas asal.