Kisah benar!!! Pensyarah IPTA berkongsi pengalaman mengejutkan berurusan dengan ustaz selebriti terkenal ini

Kisah benar!!! Pensyarah IPTA berkongsi pengalaman mengejutkan berurusan dengan ustaz selebriti terkenal ini

Ada sekali itu di tempat kerja kami, seorang tokoh punggah pelajar kami untuk dihantar pulang. Benda baik. Tapi bos besar kami -seorang yang budiman dan baik tutur katanya- sebagai tuan rumah tak dimaklumkan. Jadilah sedikit kontroversi. Kecoh sekejap. Tapi kemudian masing-masing cari jalan untuk berdamai. Benda baik eloklah dibincangkan baik-baik.

Maka diaturlah satu pertemuan antara tokoh tersebut dengan bos besar kami. Sampai masa, sekonyong-konyong tibalah rombongan tokoh di depan bangunan titik pertemuan. Bos besar kami pun, dengan sekalian ahlul tuan rumah, bersedialah menyambut tokoh tersebut di muka pintu kereta agam yang bercermin gelita tersebut.

Tercegatlah bos besar kami. Lama. Satu tempoh yang pelik untuk seseorang keluar dari keretanya. Macam baru lepas mandi dan bersolek. Terkebil-kebil bos besar kami menunggu beliau. Pandang kiri pandang kanan. Sampailah akhirnya tokoh tersebut keluar dengan muka tak bersalah.

Demi menjaga hubungan yang baru nak dibina itu, bos besar kami pun reda sahaja. Kalau cakap apa-apa nanti lain pula yang dipropagandakan di medsos. Ditambah pula perencahnya oleh netizen bijak pandai yang akan komen macam saksi mata pertama.

Demikianlah sedikit catatan pengalaman bos besar kami. Beliau sangat kesal dengan kejadian tersebut. Tapi apakan daya, bos besar kami tak menguasai medsos dan tak pandai meruntun hati.

Ah, kalaulah kalian tahu apa yang kutahu, dan lihat apa yang aku sudah kulihat. Pasti ketaksuban kalian mencair ibarat cairnya garam di dalam air panas yang mendidih.

-Sahul HM-