Kisah lelaki gila seks beronani di belakang wanita berjogging cetus kebimbangan
“Kau tau, semalam. Waktu aku balik rumah, aku kena lalu kawasan perumahan. Kawasan perumahan itu agak sunyi. Ada seorang perempuan sedang jogging, dia pakai earphone”, cerita Diyana Shukor sahabat baik saya.
“Haa, lepas tu?”, cara penyampaian dia yang cemas buat saya tertanya-tanya. Dia sambung ceritanya lagi.
Ada sebuah lori juga lalu di situ, melihatkan wanita itu lori itu tiba-tiba memberhentikan lori dan memerhatikan wanita itu. Disebabkan kawasan perumahan, Diyana memandu keretanya perlahan-lahan. Dia terlihat pemandu lori sedang memerhati wanita yang sedang jogging.
Wanita ini tidak perasan dia diperhatikan kerana sedang ralit menekan telefon. Pemandu ini sedang memerhati susuk tubuh belakang wanita ini.
Diyana tidak sedap hati, dia memperlahankan lagi kenderaan. Diyana boleh nampak pergerakan pemandu lori tersebut kerana lori itu bukan bersaiz besar dan tidak tinggi.
“Tiba-tiba beth, lelaki itu dia buka seluar beth! Dia dah siap melancap. Sambil duk perhati badan perempuan tu. Aku ni dah jadi risau. Driver lori hidupkan enjin dia, dia bawa perlahan macam nak follow perempuan tu. Aku makin risaulah. Aku pun follow lori yang follow perempuan ni. Manalah tahu apa-apa jadi”.
Kemudian, tiba di satu kawasan lori itu terhalang untuk lalu. Cepat-cepat Diyana mencilok jalan dengan kereta proton saganya.
Dia terus berhenti di tepi perempuan tadi, dia buka tingkap “Miss. Miss. You nampak lori yang belakang you tadi? Dia tengok you dari tadi. Dia ikut you. Dia dah siap buka seluar dan melancap lagi! You hati-hati tau! Bahaya”.
Wanita tadi, banyak kali ucap terima kasih. Kemudian dia beredar guna jalan lain. Barangkali dia tinggal di kawasan perumahan di situ dan dia tahu selok-belok di sana untuk pulang secara selamat. Barangkali juga sebab itu dia yakin dan selesa berlari di kawasan itu tanpa lebih peka.
Masa awal-awal saya terpikir juga kenapa dia tidak minta tolong Diyana tumpangnya kerana rumah secara selamat. Pada dia juga, Diyana orang asing. Manalah tahu pakatan atau taktik sahaja bagi penculikan.
“Bahayakan beth. Kes orang kena culik, rogol and bunuh dah lah banyak. Dia siap bawa lori. Benda nak jadikan..Haih!”.
Mujurlah Diyana ambil masa dan beranikan diri untuk ikut lori. Lagi hebat dia pergi tegur wanita tadi suruh berhati-hati dan berjaga-jaga. Manalah tahu. Malang selalu tidak berbau.
Saya hendak pesan, sama ada awak wanita, awak kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan atau lelaki sekali pun. Awak jangan leka atas jalan.
Kadangkala ada yang memerhatikan dan kadangkala mereka ini seperti syaitan yang bertopengkan manusia mereka tidak dapat menahan nafsu mereka. Mereka hendak cari cara untuk melempiaskan nafsu dan tanpa rasa belas ihsan, awak dimangsakan.
Hati-hati, banyak kes yang jadi. Kita ambil iktibar. Sama-sama kita berpesan-pesan.
Perkongsian melalui FB Nor Zabetha