“Kisah paling sedih ketika pandemik” – Kehilangan Sugu Pavithra undang tanda tanya

“Kisah paling sedih ketika pandemik” – Kehilangan Sugu Pavithra undang tanda tanya

 

Jika diimbau balik semasa negara kita dilanda pandemik Covid-19 pada fasa awal tahun 2020 dahulu, macam-macam aktiviti yang kita lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bersenam, dalgona coffee, TikTok, pandai masak sendiri di rumah dan macam-macam lagi lah.

Salah seorang yang jadi peneman dan penyeri kita sepanjang tempoh berkurung diri di rumah adalah seorang YouTuber yang menjadi dambaan rakyat Malaysia, iaitu Sugu Pavithra.

Boleh dikatakan satu fenomena apabila saluran YouTube miliknya tiba-tiba jadi tumpuan netizen.

Sugu Pavithra ‘mendunia’ masa PKP

Seperti yang kita boleh imbau balik, ramai yang suka memasak sepanjang tempoh PKP itu dan Sugu Pavithra merupakan antara saluran yang menjadi rujukan utama, bahkan ramai yang suka melihat mereka sekeluarga menikmati menu masakannya.

Disebabkan itu, ia sekaligus membawa nama Sugu Pavithra sebagai pempengaruh terkenal dalam sekelip mata sahaja. Dia banyak menerima undangan di merata tempat dan banyak mempromosikan produk.

Bahkan, popularitinya itu telah mengubah nasib mereka sekeluarga sampai mampu pindah rumah. Dari gaji sebulan RM1,000 berubah jadi RM 8,700 sebulan, lapor Harian Metro.

Kini ‘menghilang’?

Bagaimanapun saat mereka mula menempah nama, timbul pula satu kontroversi antara mereka apabila ada berita melaporkan bahawa suami Pavithra iaitu M.Sugu dikatakan telah mengasari isterinya, lapor mStar.

Nak dipendekkan cerita, mereka berdamai dan Astro Awani melaporkan bahawa Pavithra akhirnya memaafkan suaminya itu. Tak lama selepas itu, isu mengenai mereka tidak lagi menjadi sebutan dan kini dilihat seperti mereka dah lama ‘mendiam’.

Persoalan ini mula timbul apabila ada individu yang dikenali sebagai Effi Saharudin menunjukkan profil Pavithra yang kini dikatakan menjadi affiliate untuk Shoppee.

Dalam pada itu, ada juga dilampirkan foto profil YouTube Pavithra yang sudah sekian lama ‘mendiam’ kerana kali terakhir dia dilihat buat video perkongsian masakan itu adalah pada tahun lepas.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen dekat tweet 1,508 perkongsian dalam masa 17 jam ini, ada netizen mengatakan bahawa profil Facebook itu bukan miliknya. Malah, ada juga netizen yang mula rindu dengan video masakan Pavithra.

One hit wonder – Netizen

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mula ungkit kisah lama yang terjadi kepada pasangan ini pada beberapa tahun lepas.

Screenshot 2023 03 21 151257 Screenshot 2023 03 21 151329 Screenshot 2023 03 21 151420 Screenshot 2023 03 21 151536 Screenshot 2023 03 21 151619 Screenshot 2023 03 21 151725

Dalam pada itu, ramai juga yang mengimbau kenangan sewaktu PKP dan mahukan Sugu Pavithra kembali aktif.