Kisah PTPTN kalah saman dengan peminjam, selalunya peminjam yang rasa teraniaya

Kisah PTPTN kalah saman dengan peminjam, selalunya peminjam yang rasa teraniaya

 

Pada tahun 2003, kerajaan memperkenalkan polisi baharu bahawa setiap peminjam PTPTN yang berjaya lulus dengan cemerlang.

Dan memperolehi Ijazah Kelas Pertama tidak perlu membayar semula pinjaman kerana ianya akan ditukarkan kepada biasiswa pendidikan PTPTN.

Teh Guat Hong, seorang pelajar yang telah meminjam daripada PTPTN dan tamat pembelajaran pada tahun 2002 dan memperolehi Ijazah Kelas Pertama.

Pada waktu tersebut, semua peminjam PTPTN masih perlu membayar semula pinjaman mereka walaupun memperoleh Ijazah Kelas Pertama.

Teh Guat Hong yang bekerja sebagai peguam telah memohon pinjaman pada tahun 1999 atau awal tahun 2000 dan dua tahun kemudian permohonannya diluluskan PTPTN dan beliau meneruskan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of London di Kemayan Advance Tertiary College.

Pada tahun 2006, PTPTN menolak permohonan pengecualian beliau dengan alasan kursusnya tidak diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara. Beliau memohon sekali lagi pada 27 Feb 2006 tetapi ditolak lagi pada tahun 2009.

Teh Guat Hong

Pada 12 Februari 2014, PTPTN menolak rayuannya atas alasan hanya kursus yang diiktiraf Badan Kelayakan Malaysia sahaja boleh dipertimbangkan untuk pengecualian bayaran.

Tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut, beliau telah menyaman PTPTN. Dalam permohonan untuk semakan kehakiman, beliau berkata keputusan sedemikian bukan hanya menjejaskan tetapi juga individu lain yang sama seperti dia.

Di peringkat Mahkamah Tinggi permohonan beliau telah ditolak atas alasan mahkamah tidak boleh mencampuri urusan pembuatan polisi kerajaab. Namun peguam beliau telah berhujah beliau bukan memohon mahkamah untuk mencampuri urusan pembuatan polisi tapi pelaksanaannya oleh kerajaan.

Di peringkat Mahkamah Rayuan, permohonan beliau dibenarkan atas alasan bahawa regulasi yang dibuat PTPTN tidak munasabah merujuk kepada regulasi awal PTPTN yang tidak menyatakan bahawa hanya kursus yang telah mendapat pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi sepanjang tempoh pengajian pelajar sahaja akan diberi pengecualian.

Mahkamah juga mendapati PTPTN tidak meletakkan tempoh masa jadi walaupun regulasi PTPTN dikeluarkan pada tahun 2003 dan beliau juga layak mendapatkan pengecualian walaupun telah menamatkan pengajian pada 2002.

Kini kerajaan telah melakukan pembaharuan bahawa pengecualian pinjaman PTPTN hanya terpakai kepada peminjam yang telah menamatkan pengajian dengan Ijazah Kelas Pertama sebelum 1 Januari 2019.