Kisah Samsung yang ramai tak tahu, rupanya mula dengan berniaga ikan masin

Kisah Samsung yang ramai tak tahu, rupanya mula dengan berniaga ikan masin

 

Samsung boleh dikatakan antara syarikat multinasional terkemuka dan menghasilkan pelbagai barangan elektronik yang digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia.

Selain memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi, media, budaya dan politik di Korea Selatan, ramai yang tidak tahu bahawa mereka bermula sebagai sebuah syarikat yang sangat berbeza dengan apa yang kita kenali sekarang.

kedai pertama syarikat samsungKedai pertama Samsung yang menjalankan perniagaan barangan runcit

Kisah Samsung bermula pada tahun 1938. Pengasasnya iaitu Lee Byung-chul, dilahirkan dalam sebuah keluarga berada di Uiryeong.

Keluarga Lee kemudian berpindah ke bandar berdekatan Daegu di mana dia memulakan perusahaan pertamanya.

Perniagaannya yang merupakan sebuah syarikat pergadangan tempatan itu menggunakan nama Samsung Sanghoe.

Ibu pejabat pertama syarikat itu terletak di Su-dong dan mempunyai 40 orang pekerja.

lee byung chullLee Byung-chul

Pada mulanya, syarikat itu terlibat dalam perniagaan menjual barangan runcit yang dihasilkan secara tempatan.

Antara produk yang mereka bekalkan ialah seperti mee, ikan kering dan pelbagai barangan makanan lain.

Syarikat itu berkembang dengan baik dalam dekad pertamanya dan pada 1947, Lee bercadang untuk memindahkan ibu pejabatnya ke Seoul.

Namun, keadaan di ibu kota tidak begitu baik setelah tercetusnya Perang Korea yang melibatkan banyak negara-negara besar dunia.

Lee terpaksa menahan cita-citanya dan meninggalkan ibu kota Seoul untuk menyelamatkan syarikatnya daripada musnah.

Lee kemudian meneruskan pula perniagaannya dalam bidang penapisan gula.

Pada tahun 1954, beliau mengasaskan syarikat Cheil Mojik dan membangunkan kilangnya di Chimsan-dong di Daegu.

samsung pernah menceburi bidang penenunanSamsung pernah menceburi bidang tenunan pada tahun 1950-an

Beberapa tahun kemudian, Samsung mula bereksperimen dengan pelbagai bidang perdagangan untuk mencari peluang yang sesuai bagi memperkukuhkan perniagaannya.

Lee sangat bercita-cita tinggi dan ingin mengukuhkan Samsung sebagai sebuah syarikat peneraju dalam pelbagai bidang di seluruh Korea dan antarabangsa.

Lee meneraju Samsung dalam sektor-sektor yang mencabar seperti insuran, perniagaan runcit dan kawalan keselamatan.

Presiden Samsung, Park Chung Hee, memberi penekanan bahawa teknologi moden dalam organisasi adalah sangat perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan syarikat.

sejarah logo samsung sejak ditubuhkan

Chung Hee berusaha ke arah mewujudkan beberapa anak syarikat tempatan dengan matlamat membangunkan dan membimbing mereka dalam persaingan pasaran yang sengit apabila diperlukan.

Ketika Samsung berpindah ke Seoul pada tahun 1947, pengasas Kumpulan Hyosung iaitu S. R. Cho (terkenal dalam bidang pembinaan pangsapuri mewah dan penghasilan mesin ATM) telah bekerjasama dengan Lee Byung-Chull dan menubuhkan syarikat bernama Samsung Mulsan Gongsa atau Samsung Trading Corporation.

s r choS. R. Cho – pengasas Kumpulan Hyosung

Syarikat itu bermula kecil tetapi kemudian berkembang dengan pesat dan memberi impak besar sehingga menjadi apa yang kita ketahui hari ini sebagai Samsung C&T Corporation.

Akan tetapi, kerjasama antara Cho dan Lee tidak bertahan lama setelah bertahun-tahun mereka terlibat dalam perselisihan faham.

Cho mahukan 30 saham ekuiti tetapi Lee tidak bersetuju dengan terma-terma baru. Syarikat itu kemudian berpecah kepada Samsung Group, Hyosang Group, Hankook Tire dan beberapa lagi perniagaan kecil lain.

kompleks industrial samsung di suwonKompleks industrial Samsung di Suwon, Korea Selatan

Wajah dan populariti Samsung seperti yang kita kenali hari ini wujud pada tahun 1960-an apabila syarikat itu menjangkakan potensi dalam perindustrian elektronik dan mengambil perubahan radikal ke arah pengeluaran elektronik.

Salah satu keputusan paling bijak Samsung pada tahun 60-an ialah untuk membentuk pelbagai bahagian berbeza yang berkaitan dengan komponen elektronik tertentu.

Samsung telah membentuk Samsung Electronics Devices, Samsung Corning, Electro-Mechanics Samsung, Samsung Semiconductors dan Samsung Telecommunications.

tv generasi pertama samsungTV generasi pertama keluaran Samsung

Semua bahagian-bahagian ini beroperasi dari sebuah kilang di Suwon.

Produk pertama yang dihasilkan Samsung bagi permulaan mereka dalam sektor elektronik adalah set televisyen hitam putih.

Pada tahun 1980, Samsung mengambil satu lagi langkah radikal dengan melangkah ke arena perkakasan telekom dengan mengambil alih syarikat Hanguk Jeonja yang berpusat di Gumi.

Samsung pantas menghasilkan papan suis yang menerima respon yang baik dari pengguna.

telefon bimbit pertama samsungTelefon bimbit pertama Samsung

Kilang di Suwon kemudian bertukar pula kepada menghasilkan mesin fax dan telefon. Ia merupakan titik utama dalam penghasilan telefon bimbit Samsung.

Kilang tersebut telah menghasilkan lebih 800 juta telefon bimbit dari pelbagai teknologi dan ciri.

Pada tahun 1980-an, semua bahagian yang berbeza ini telah digabung dan dikendalikan di bawah satu nama iaitu Samsung Electronics.

Kini, Samsung Electronics merupakan salah satu peneraju dalam dunia elektronik. Pada tahun 2015, Samsung di Amerika Syarikat sahaja merupakan syarikat paling banyak diberikan paten berbanding mana-mana organisasi atau syarikat lain mengalahkan Google, IBM, Microsoft, Sony dan Apple.

samsung store

Samsung kini memperoleh hampir 8,000 paten. 2016 merupakan tahun yang sangat menguntungkan untuk Samsung.

Pada tahun itu juga Samsung bekerjasama dengan Microsoft dalam membangunkan IoT (Internet of Things) yang menggunakan Windows 10.

Masa hadapan syarikat ini begitu cerah kerana budaya inovasi yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

Rujukan:

1. Life Wire

2. Business Insider

3. UK Essays

4. Shikin Razali