Kisah seram di UITM Seri Iskandar, nampak kepala atas lantai dengan kulit terkopek?

Kisah seram di UITM Seri Iskandar, nampak kepala atas lantai dengan kulit terkopek?

 

Tidak kira di mana lokasi institusi anda melanjutkan pelajaran, setiap institusi pasti mempunyai kisah seram yang tersendiri.

Jika kita mendengar cerita seram dari pelajar ataupun bekas pelajar, pasti pelbagai pengalaman mistik yang bakal terungkap.

Setiap Semester Jumpa Bentuk Yang Berlainan

Kisah ini, diceritakan dari seorang bekas pelajar jurusan ‘Seni Reka Fesyen’ di Universiti Teknologi Mara (UITM) Seri Iskandar, Perak yang mahu dikenali sebagai Jehan (bukan nama sebenar).

Dia menceritakan pengalaman seram, yang dilaluinya ketika belajar di Uitm tersebut.

Semasa semesta dua, Jehan sering mendengar di kolej blok perempuan iaitu blok Melati, ada pelajar nampak kepala terbang berkeliaran di blok tersebut.

Namun Jehan menggangap itu hanyalah sekadar cerita untuk menakutkan pelajar di sana.

Menurutnya, hampir setiap semester dia dinampakkan dengan perkara-perkara mistik ini, termasuklah semasa di studio fesyen, namun yang paling seram katanya adalah semasa semester tiga.

Di mana ketika itu, dia dan dua rakannya menyewa sebuah rumah di belakang pintu masuk Uitm kawasan Sidec.

Katanya lagi, rumah tersebut di sewa dengan harga yang murah, kerana rumah itu dijaga oleh pasangan suami isteri yang sudah lanjut usia.

Kepala Atas Lantai Dengan Kulit Terkopek

Semasa duduk di rumah sewa tersebut, Jehan bersama dua orang rakannya sering makan di kedai makan selang 5 buah rumah dari rumah mereka dan mereka sering berjalan kaki.

Dijadikan cerita, suatu hari sesudah mereka selesai makan di kedai tersebut dan ingin pulang, rakannya mengajak untuk duduk sebentar di sekolah berhampiran rumah sewa mereka itu.

Semasa mereka rancak berbual sehingga hampir jam 11 malam, mereka dikejutkan dengan bebola api yang terapung lalu mereka terus berlari pulang ke rumah.

Rumah tersebut mempunyai tiga bilik di mana bilik hadapan adalah bilik dua rakannya itu, bilik tengah adalah bilik Jehan dan bilik belakang dijadikan bilik untuk meletakkan baju.

Dua hari kemudian selepas kejadian bebola api terapung, pada waktu malam, Jehan tersedar dari tidur dan terlihat ada seakan-akan bola di lantai namun dia kehairanan kerana mereka tidak mempunyai bola.

Kemudian Jehan membuka seluas-luas matanya dan melihat dengan jelas sosok kepala di lantai dan tidak mempunyai badan.

Jehan memberitahu, dia melihat kepala tersebut yang rupanya teramat buruk, matanya hilang sebelah, kulitnya kering dan terkopek serta rambut yang panjang dan jarang.

Ketika itu Jehan tidak merasa takut dan dia tidak dapan keluar dari bilik kerana kepala tersebut menghalangi pintu.

Oleh kerana tersedar dalam keadaan mamai, Jehan terus sambung tidur.

Keesokkan harinya, Jehan menceritakan perkara tersebut kepada rakannya, namun yang mengejutkan lagi adalah.

Pada malam kejadian yang mereka nampak bebola api di kawasan sekolah itu, dua orang rakan Jehan diganggu oleh kepala tersebut.

Mereka nampak kepala tersebut di atas almari, namun mereka tidak menceritakan hal itu kepada Jehan kerana Jehan tidur berseorangan.

gambar sekadar hiasan

Selepas kejadian itu, mereka diganggu lagi dan kebetulan mereka mempunyai masa seminggu sebelum berakhir semesta tiga.

Jehan bersama dua rakannya mengambil keputusan untuk terus keluar dari rumah tersebut.

Sekembalinya mereka dari cuti semesta, mereka pergi menjenguk rumah tersebut dan sehingga ke hari ini rumah tersebut masih kosong.

Ini adalah kisah benar dari bekas pelajar Uitm Seri Iskandar Perak.

Pernahkah anda melalui perkara yang sama?