“Kita olang mau buat itu halal punya kedai makan, kasi senang Melayu makan happy happy takda susah”… kisah unik pengasas Marrybrown yang sangat mengujakan
BUAT KERJA GILA MEREKA NI
Tahun 1981 ada couple kat Johor ni… kena sampuk agaknya… Dia fikir nak buka restoran mcm Kepci dan nak lawan Kepci
1. Berdekah dekah masyarakat ketawa kan si Nancy dengan suaminya si Lawrence…
2. Lagi gelak besar orang bila Nancy dgn Lawrence cakap. “kita olang mau buat itu halal punya kedai… kasi senang melayu makan happy happy takda susah”…
Ramai geleng kepala… sapa je nak makan makanan halal kat kedai apek ni?
3. Mereka keluar duit sendiri, pastu pinjam kawan dan sedara mara. “Aiyaa kasi can la itu nancy banyak kesian ooo” kata pakcik Nancy
4. Bank taknak bagi pinjam tapi diaorang raise fund and dapat kumpul 120 ribu (zaman tu pun dah ada ECF)
5. So diaorang buka la first outlet kat Johor.. Guna nama MarryBrown simply pasal dia rasa nama ni catchy dan ada international appeal… awal dah fikir nak keluar negara.
6. 1986 buat francais… fikir nak grow je.
7. 1989 start introduce nasi kat Marrybrown… ramai yang rasa amende restoran QSR ada nasi.. takder standard langsung.
8. Tapi orang tak sedar, Lawrence dah fikir… kalau 100% american style… camner nak lawan kepci… dia nak buat Malaysia style QSR restaurant… banyak elemen Malaysia dia bawa.. Sate pun pernah.
9. 1992 Marrybrown jadi Restoran Malaysia pertama yang buka outlet di luar negara secara Francais.
10. 1996 start buat kerusi buaian. Boleh pening kalau makan kat Marrybrown masa ni… terbuai buai.
11. 20 Jan 2023, 42 tahun lepas dibuka, Marrybrown muncul rangkaian francais HALAL terbesar di dunia.
12. Bangga beb sebab orang Malaysia berjaya capai kejayaan sebesar ini BUKAN MELAYU pulak tu. Jelas Malaysia dah lama amal konsep adil sesama insan tanpa kira kaum. Outlet Marrybrown bersepah serata dunia… Negara kecil ini jadi Champion dalam Industri Halal.
13. Tapi jeles juga kenapa kita sendiri, sebagai muslim belum mampu nak ada bisnes dgn sijil Halal… Kejayaan Dato Nancy dan suami bagi satu inspirasi untuk kita usaha lebih lagi seiring dgn diaorang.
14. Padahal mereka buat bisnes yang dah ada orang buat, menu biasa, konsep biasa dah orang buat. Competitors pasaran yang dia nak masuk adalah jaguh dunia.. Nak lawan Mekdi and Kepci kat Malaysia… negara yg rakyat nya mmg suka makanan QSR amarika ni ?? (Dan mmg susah orang nak sokong local brand)
15. Takder benda baru tapi dia berusaha melaksana konsep dgn kesungguhan dan penerapan budaya setempat untuk membeli jiwa pelanggan… Benda biasa jadi luar biasa
16. Saya tak check berapa sales diaorang tapi pengamatan saya ratusan juta tu biasa je utk mereka..: tak jumpa bila saya buat quick search pagi and malas lak nak beli ssm dia
17. Tapi… citernya…Sambil orang gelak kan diaorang, diaorang berusaha sampai ada lebih 500 outlet.
18. Ketika orang kita sibuk pertikai status halal KFC, sibuk nak cari jalan pintas jadi Pengerusi kepada syarikat tokey arak dan judi, mereka fokus buat sistem patuh Halal sepenuhnya. Pastu gajikan beribu ribu orang islam bagi ada pendapatan dan kehidupan baik. Nampak tak… lain fokus memberi lain hasil kan.
19. Moral of the story
📍Usaha luar biasa convert hasil luar biasa
📍Boleh raise fund dgn public kalau takder modal
📍Kena ada fokus dan abaikan org gelak
📍Ada target market yang betul
29. Saya menulis tentang industri F&B dengan hasrat untuk memberi harapan dan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Kita Boleh.
Sumber – FB Fadzil Hj Aziz