KJ dedah lebih seronok bertugas sebagai penyampai radio Hot FM berbanding jadi wakil rakyat

KJ dedah lebih seronok bertugas sebagai penyampai radio Hot FM berbanding jadi wakil rakyat

 

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berjaya mencuri perhatian ramai setelah membuat satu pendedahan yang mengejutkan baru-baru ini.

Bukan lagi bergelar wakil rakyat, bekas Ahli Parlimen Rembau itu mengakui langsung tidak merasa rindu untuk kembali aktif dalam bidang politik.

Malah, lelaki yang mesra dikenali sebagai KJ itu lebih seronok bertugas sebagai penyampai radio Hot FM berbanding menjadi wakil rakyat.

Pendedahan itu dibuat KJ menerusi satu sesi temu bual bersama selebriti media sosial terkenal, Mekyun yang turut dikongsi di laman TikTok.

“Saya dah keluar sekejap daripada politik, sebenarnya agak seronok menjadi DJ (penyampai radio) dan saya tak berapa rindu jadi ahli politik,” katanya.

Dalam rakaman tular berdurasi 1 minit 24 saat itu, KJ juga sempat meluahkan keinginannya untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Terlihat serius ketika menjawab soalan, Khairy turut meminta agar orang ramai memberi cadangan mengenai watak yang sesuai untuk dilakonkannya.

@mekyunnnn

Harini Mekyun interview Tuan KJ kita!! 🥹 Next Mekyun patut interview siapa pulak? 😃 Btw Tuan KJ tanya watak apa yang sesuai untuk beliau berlakon dalam filem? 🤣 #fyp

♬ original sound – Mekyun – Mekyun

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata penonton memberikan pelbagai cadangan watak yang sepadan dengan tokoh politik itu.

Ramai juga pengguna TikTok yang berpendapat bahawa KJ mahu menjadi pelakon kerana terinspirasi dengan artis terkenal, Fattah Amin.

“KJ memang sesuai kalau berlakon dalam filem askar-askar. Dia boleh jadi komander yang berpangkat tinggi,” kongsi seorang pengguna.

“KJ mesti tengok Fattah Amin. Itu yang terus nak berlakon.” Seloroh pengguna lain yang mengenang akan perkongsian Khairy baru-baru ini.

Khairy sebelum ini pernah meluahkan rasa kagum saat melihat Fattah Amin ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 35.

Menyifatkan Fattah Amin sebagai seorang bintang filem yang sangat kacak, Khairy mengaku rendah diri ketika berhadapan dengan pelakon berkenaan.