KJ disaran tiru pendekatan Jepun gerakkan program vaksinasi di tempat ‘hotspot’
JEPUN akan memulakan program vaksinasi di tempat kerja dan universiti bermula pada 21 Jun ini.
Langkah itu dilihat sebagai usaha untuk meningkatkan program vaksinasi negara.
Setiausaha Kabinet Jepun, Katsunobu Kato berkata, vaksin Moderna akan digunakan untuk fasa tersebut.
Jepun merupakan antara negara kaya yang mencatatkan kadar vaksinasi perlahan.
Ini meningkatkan kebimbangan orang ramai mengenai penganjuran Olimpik Tokyo yang akan berlangsung Julai ini.
Perdana Menteri, Yoshihide Suga mensasarkan untuk menvaksin 36 juta warga emas pada akhir bulan Julai.
Namun dengan populasi Jepun diberikan vaksin sepenuhnya pada kadar 2.5 peratus sejak program vaksinasi bermula, sasaran itu dilihat terlalu optimis.
Negara itu mencatatkan 749,828 kes keseluruhan COVID-19 dengan 13,107 kematian.