“Ko nak kenal aku siapa?” – Tular video lelaki tunjal kepala pemandu wanita undang kecaman netizen

“Ko nak kenal aku siapa?” – Tular video lelaki tunjal kepala pemandu wanita undang kecaman netizen

 

Sedang tular di media sosial video seorang lelaki tunjal kepala pemandu wanita yang didakwa memandu secara berbahaya, mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menurut sumber, kejadian berlaku di jalan turun Tapah dari Cameron Highland yang membabitkan pemilik kenderaan Proton Persona.

Dalam video berdurasi seminit itu, kedua-dua pihak terdahulu berhenti di tengah jalan dan kelihatan suspek berbaju merah keluar dari kenderaannya lalu menghampiri mangsa.

“Bawa elok-elok sikit. Kau nak main, kau main dengan nyawa orang bab*! Kalau aku sepak kau kat sini, dengan sebelah kau tu aku sepak nanti. Kau jangan nak main gila dengan aku!” kata suspek.

Mangsa kemudian menjelaskan, dia tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa. Malah dia memotong kenderaan suspek di garisan putus-putus, bukannya di garisan berkembar. Namun, suspek tidak berpuas hati lalu mengherdik dan menunjal kepala mangsa.

“Kau jangan nak menjawab aku, kau main dengan nyawa orang kau tahu tak? Kau nak kenal tak aku siapa? Nak kenal tak?! Kau lagi nak tinggikan suara. Mana? Main potong-potong kepala bapak kau! Tak nampak ke depan corner? Kau nampak ni? Pecah muka kau nanti!

“Kau nak?! Kau nak?!” katanya kepada rakan mangsa yang sedang merakam video tanpa pengetahuan suspek.

Di media sosial, netizen menggesa mangsa membuat laporan polis kerana apa yang dilakukan oleh suspek jelas sekali melampaui batas dan membulinya.

“Harap adik ni buat laporan polis. Rakaman video dah ada. Lagipun lelaki botak ini ada kata, ‘kau tak kenal aku siapa?’ secara langsung dia telah membuat ugutan dan menyentuh mangsa,” kata netizen.

“Lain kali buka cermin sikit je sebab macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Molek-molek tangan dia masuk, terus tutup cermin biar tersepit tangan dia,” kata netizen lain.

Mengaku bekas askar

Sementara itu menurut seorang individu, suspek sebelum ini pernah mengaku dirinya bekas askar dan pernah bekerja sebagai pemandu lori di tempat kerjanya.

“Saya kenal sangat dia ni. Dia nak mengaku dia bekas askar tu bang. Dulu dia driver lori kat tempat kerja saya ni.

“Dengan orang lemah dia berani la. Poyo je, polis datang, dia lari. Dia kena buang kerja sebab kena tegur dengan guard. Sebab dia tak pakai kasut. Dia sepak muka guard tu. Acah je lebih dia ni. Orang Setiawan dia ni,” kata individu berkenaan.