Komen gambar Shuhada pakai ‘braces’, netizen syak Hafidz Roshdi depresi?

Komen gambar Shuhada pakai ‘braces’, netizen syak Hafidz Roshdi depresi?

 

Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi tempoh hari yang membawa kepada penceraiannya dan isteri telah menjadi perhatian umum apabila dia ‘kantoi’ curang dengan seorang wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

Walau bagaimanapun, Hafidz belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilihat aktif di media sosial seperti biasa.

Komen di Instagram isteri

Apa yang membuatkan netizen pelik adalah komen yang ditinggalkan pelakon itu di ruangan Instagram Nurul Shuhada Mat Shukri dengan menegur penampilan wanita tersebut yang kini mengenakan pendakap gigi.

Ujar netizen, tindakan Hafidz seperti tidak terjadi apa-apa dan dia juga sempat memuat naik video di Insta Story dengan membuka dana sukarela tanpa diketahui tujuan untuk membantu siapa.

“Pergh! Pakai braces dah congrats,” tegur Hafidz.

Pelakon drama Mr Donat Karamel itu juga dilihat memberikan tanda suka kepada gambar yang dimuat naik Shuhada selepas episod diceraikan menerusi panggilan telefon kelmarin.

Gaya dah macan depresi je?

Perkongsian berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang kebanyakkannya merasakan aktor berusia 29 tahun itu seperti mengalami gangguan mental.

“Kau jangan nak minta2 gambar Shu pula”

Dia ni macam dah pelik la

Lapar perhatian ke?

Tak malu ke buat macam ni?

Kenapa psiko sangat tiba2

Tiba2 buka tabung sumbangan

Dalam video yang dikongsi Hafidz, dia menyatakan sumbangan yang disalurkan ke akaun yang menggunakan namanya akan diberikan kepada insan-insan yang memerlukan pada 6 haribulan nanti.

Ujarnya, sesiapa yang berminat boleh mula memberikan sumbangan tanpa memberikan maklumat lanjut tentang tabung sumbangan yang dibuka.

Untuk rekod, kemelut rumah tangga pelakon tersebut bermula apabila tular beberapa tangkapan layar luahan hati isterinya di Insta Story menyatakan yang suaminya bermain kayu tiga dengan seorang wanita.

Tak lama selepas itu, pelakon berkenaan menafikan dakwaan namun ‘penyondol’ rumah tangga mereka tampil memohon maaf.

Ramai menyangka perkahwinan pelakon berkenaan dapat diselamatkan namun rupanya Hafidz telah menceraikan isterinya dengan talak satu menerusi panggilan telefon minggu lalu.