Kompleks beli belah dan super marketnya ditutup, malah hari Ahad juga hari anda dilarang membuat bising di negara ini

Kompleks beli belah dan super marketnya ditutup, malah hari Ahad juga hari anda dilarang membuat bising di negara ini

Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Suasana yang berbeza daripada tradisi masyarakat setempat sudah pasti menambahkan keterujaan sesiapa pun untuk terus meneroka bumi Allah swt ini.

Itulah yang dialami seorang pempengaruh media sosial ini. Rajin berkongsikan resepi masakan sedap dan dikenali dengan tagline ‘superdaddy’, Khairul Abdullah tampil berkongsikan pengalaman menariknya ketika pernah tinggal di sebuah negara maju di Eropah tidak lama dahulu.

Di Jerman, hari Ahad macam ni semua mall, supermarket dan kedai tutup.

Yer, takde chance hang nak pi yiha yiha kat mall tu. Kedai yang buka cumalah kafe, restoran dan kedai-kedai di stesen keretapi sahaja. Kedai lain semua tutup okeh.

Sebab apa?

Sebab memang undang-undang dia macam tu. Semua kedai kena tutup. Tak silap aku dalam setahun hanya 2-3 kali sahaja hari Ahad yang semua kedai dibenarkan buka.

Hari Ahad juga adalah hari senyap.

Maknanya hang tak boleh buat bising. Depa ada undang-undang waktu senyap dipanggil Ruhezeit. Setiap hari Isnin-Jumaat, adalah pada pukul 10pm-6am. Hang bunyi kuat sikit sebab goreng kueteow keletung keletang satgi jiran mai ketuk pintu atau polis mai rumah.

Hari Sabtu takpa weh, hang hingaq lah macam mana pun, takdak sapa marah hang.

Hari Ahad pulak adalah waktu senyap sepenuhnya. The whole day tu hang tak boleh bising langsung. Maksudnya bunyi dari rumah hang tu tak boleh sampai jiran dengar. Kalau hang tengok tv, pasang lagu ok ja, asalkan jangan sampai jiran hang dengaq.

Cuma hang jangan lah dok gatai pi mesin rumput ka, dok tebuk dinding ka, dok rev enjin kapcai ka, semua tu cari nahas. Tak sampai 10 minit lepas hang bising satgi nampaklah lampu lip lap kereta polis tu mai.

So hari Ahad yang indah macam ni, depa tenang-tenang di rumah. Atau depa akan keluar dengan famili lepak di taman, tepi tasik, pi makan-makan dan pi muzium. Haaa, muzium ja boleh buka hari Ahad. Banyak weh muzium depa.

Selan itu, kawasan perumahan atau apartment juga depa ada undang-undang waktu senyap tersendiri jugak. Kalau rumah aku dulu tu, setiap hari waktu senyap antara pukul 12 tengahari sampai 3 petang selain yang standard dari 10malam sampai 6 pagi tu.

Sebabnya itu adalah “nap time” atau waktu tidur sekejap tengahari. Aku waktu ni nak buang sampah pun macam nak mencuri kekdahnya, takut berbunyi kuat pulak waktu masuk sampah dalam tong tu.

Begitulah.

Aku sepanjang dok sana dulu, ada 3 kali dapat warning.

Pertama sebab budak-budak bising waktu kami buat makan-makan hari Ahad. Kedua dan ketiga kena warning sebab depa bau aku goreng pekasam dan satu lagi sebab gulai aku hangit.

Hang tengok tu.

Bunyi kuat depa marah, bau kuat pun depa marah jugak.

Hmmm.

Khairul Abdullah
#superdaddy