Komplot selamatkan Najib tular,nama PM, Hamzah, KJ dan KP KKM antara terlibat?

Komplot selamatkan Najib tular,nama PM, Hamzah, KJ dan KP KKM antara terlibat?

Dunia maya dikejutkan dengan satu pendedahan oleh satu akaun pengguna FB berkaitan komplot menyelamatkan Najib daripada terus menghuni sel penjara.

Menggunakan nama akaun Ded Pul, komplot itu turut memetik nama Ismail Sabri, Hamzah Zainuddin (Menteri KDN), Khairy Jamaluddin (Menteri KKM) dan Noor Hisham (KP KKM) antara yang terlibat.

 

๐‘พ๐’†๐’“๐’† ๐’•๐’‰๐’†๐’”๐’† ๐’‡๐’๐’“ ๐’“๐’†๐’‚๐’?

๐—™๐—ฅ๐—ข๐—  ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐——๐—œ๐—ฆ๐—–๐—Ÿ๐—ข๐—ฆ๐—˜๐—— ๐—ฆ๐—ข๐—จ๐—ฅ๐—–๐—˜ ๐—ข๐—ก ๐——๐—ฆ ๐—ก๐—”๐—๐—œ๐—•.

Merpati is a codename for Najib:

23.8.2022 Merpati masuk penjara kajang 6.00 petang

Dalam keadaan tenang, masih berpakaian seperti di mahkamah , kemeja putih dan seluar hitam , berkasut.

24.8.22 – Menteri KDN masuk sekitar jam 10 malam.

Perjumpaan bersama Merpati di bilik farmasi klinik penjara.

Merpati bersama Dato Nordin (pengarah Penjara Malaysia) dan Menteri dalam bilik , perbincangan sekitar 1 jam.

Dato Aziz (Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia) maklumkan berkaitan renovation bilik . RM 50k diturunkan.

27.8.22 – Dapat makluman dari lawyer yang Merpati sakit.

Didapati beliau dalam keadaan sihat. Tidak mengadu sakit perut. Tiada tanda pendarahan aktif sedang berlaku. Vitalsign semua normal dan stabil. Tiada apa-apa simptom.

Laporan dihantar pada pengarah (memo laporan pemeriksaan), yang akan dihantar pada IPPM.

Penegasan bahawa Merpati tidak akan dihantar ke hospital kerana keadaanya yang stabil dibuat pada team Merpati dan pegawai penjara (Tuan Rosli , Tuan Zakri), nampak muka mereka (team Merpati – i.e Dato Dr Rayyan – doktor peribadi Merpati ) seperti kecewa.

Terdengar cadangan bahawa team Merpati telah membuat rancangan bahawa dia akan dihantar ke Hospital Serdang. Arrangement di sana telahpun dibuat. Seterusnya, rancangannya ialah supaya Merpati di hantar ke Rehab Cheras. Di sana dia akan lama untuk menghabiskan sisa hukuman penjara.

1.9.2022 – Mesyuarat bersama bahagian Pengurusan IPPM. Bajet RM 3.5 juta turun dari KDN untuk uruskan Merpati โ€“ kenderaan , kesihatan , penempatan.

Baru dapat RM 50 ribu hari pertama, kali ini ni RM3.5 juta.

4.9.2022 –

8.10 pagi – KJP sudah bising, nak tahu keadaan kesihatan Merpati .

10.40 pagi – Merpati mengadu nose blok sahaja. Tiada sakit perut, tiada pening, tiada berak darah, tiada perut kembung, tiada muntah. Tekanan darah , dan lain-lain vital signs semua stabil.

Tak lama kemudian, dimaklumkan yang menteri KDN call Pengarah, suruh hantar HKL pada hari itu juga.

Bila sampai HKL, dihantar masuk wad Diraja. Bilik 1st class.

Tak sampai 5 minit team penjara sampai, team Merpati juga sampai. Dato Dr Rayyan juga ada di sana.

Pihak HKL sendiri nampaknya kurang selesa kerana Merpati dihantar tanpa sebarang makluman awal. Tapi yang minta hantar bukan penjara, arahan pihak atasan. Nampaknya semua pihak takut nak pikul tanggungjawab sekiranya ada sebarang isu berbangkit pada masa hadapan.

Physician ambil darah dan tunggu keputusan darah, bila darah keluar semua ok, dia discaj. Tapi terpaksa rujuk pada tulang sebab Merpati mengadu sakit leher dan belakang. Pakar ortopedik juga datang.

Akhirnya, petang tu juga discaj. Team Merpati semua terkejut. Terkejut sebab discaj.

Merpati pula, awalnya tidak mahu balik. Tapi selepas pegawai (Pengarah Penjara Kajang) bertegas, Merpati menukar baju wad ke baju yang dia pakai masa datang tadi.

5.9.2022 –

9.10 pagi Team Penjara hadir mesyuarat di HKL โ€“ bersama wakil KKM , Pengarah HKL , Pakar-pakar HKL membincangkan isu semalam.

Tengah meeting, dimaklum yang Menteri Kesihatan bagi arahan pada Pakar Orto suruh admit Merpati ke wad. Habis meeting sekitar jam 4.30 petang.

Sekitar 8.15pm, Menteri Kesihatan melalui TS Noor Hisyam beritahu Merpati perlu dihantar malam ini ke HKL. Pihak penjara enggan.

9.9.22

Rancangan asal selepas habis mahkamah tengah hari, terus hantar Merpati ke HKL. Tapi mahkamah habis petang. Hampir jam 6 juga baru masuk wad. Pegawai pengiring yang escort semua tidak tahu akan ke HKL melainkan Ketua Pengiring. Dengan kata lain, ke HKL hari ini penuh rahsia dan tiada masuk media.

11.9.22 Semua pemeriksaan complete dan Merpati discaj dari wad lewat petang. Melalui pegawainya, DG TS Hisyam minta simpan lama sikit. Namun pegawainya sendiri tidak bersetuju kerana tiada sebab, dan susah nak jawab dengan mahkamah kenapa Merpati perlu disimpan di hospital.

12.9.2022

Kecoh di mahkamah tekanan darah Merpati naik tinggi. Pihak penjara dipersalahkan kononnya salah bagi ubat. Sedangkan ubat yang diterima adalah dari HKL. Dan lagi, tekanan darah begitu tak perlu ke hospital. Kalau rakyat biasa rakyat hanya disuruh balik berrehat. Kenapa nak urus Merpati ni lain dari biasa. Namun, team Merpati push untuk hantar terus Merpati ke hospital. Walaupun team penjara keberatan, Ketua Pengarah Penjara minta Merpati dihantar ke hospital.

Akhirnya Merpati dihantar ke HKL sekitar jam 2 lebih. Petang itu, pihak penjara dimaklumkan bahawa pihak โ€˜โ€™atasanโ€™โ€™ arah simpan Merpati dalam wad hari ni. Buat apa yang patut.

17.9.2022

Dapat makluman yang Merpati akan dihantar ke Hospital Rehab Cheras. Ya, arahan PM dan Menteri Kesihatan. Motifnya, boleh jadi sudah ada perjanjian antara team Merpati dengan mereka.

Para penjawat awam tertekan dan meluat. Korang punya politik , susahkan penjawat awam nak ikut arahan hangpa. Bila ada masalah, penjawat awam ini yang dipersalahkan.

18.9.2022 –

Arahan dari atasan bertubi-tubi suruh hantar ke Cheras. Tapi masalahnya, dari HKL tiada indikasi kukuh untuk ke rehab Cheras. Pegawai fisio kata boleh buat outpatient 2-3 minggu sekali. Tak perlu ke Cheras untuk active fisio. Dan Hospital Rehab Cheras juga insist untuk HKL keluarkan surat rujukan sebab utama hantar ke Cheras. Dan HKL tiada alasan melainkan arahan Menteri. Takkan nak tulis sebab arahan menteri?

Kalau tulis sebab arahan menteri , menteri kena jawab. Mereka tak nak bertanggungjawab. So, sekarang isu surat rujukan pakar HKL tak nak keluarkan , tapi dapat arahan pindahkan ke Hospital Rehab Cheras.

Semua yang terlibat tertekan ketika ini. Tapi semua tak berani nak tampil ke hadapan.

Rumusan:

Motif ke Hospital Rehab Cheras :

1. Mudah pergerakan untuk ahli keluarga, SU Politik, orang luar nak jumpa.

2. Mudah berjumpa orang berbanding dalam penjara. Mungkin menjadikan percaturan politik lebih mudah dibuat .

3. Hospital rehab Cheras disediakan dengan fasiliti VVIP

4. Di HKL sekarang ni, bilik 1st class digunakan.

5. Apa pakar-pakar akan jawab nanti sekiranya tiada sebab Merpati perlu di hantar ke rehab Cheras.

๐™Ž๐™ž๐™ฃ๐™˜๐™š๐™ง๐™š๐™ก๐™ฎ,
๐˜ผ๐™‰๐™Š๐™‰๐™”๐™ˆ๐™Š๐™๐™Ž

Sehingga kini, belum ada penafian dibuat oleh pihak-pihak yang disebutkan dalam komplot tersebut.