Kongsi foto lepas solat bersama, Haqiem Rusli & isteri mengaku sedang hadapi banyak ujian

Kongsi foto lepas solat bersama, Haqiem Rusli & isteri mengaku sedang hadapi banyak ujian

 

Penyanyi, Haqiem Rusli akui bahawa sejak kebakangan ini dia dan isteri, Anis Sofea telah diduga dengan pelbagai ujian.

 

“Kita lalui sama2 tau sayang”

Pelantun lagu, Tergantung Sepi ini menyatakan walau apa yang terjadi, dia dan Sofea akan melaluinya bersama-sama.

“Banyak dugaan datang menimpa, tapi kita lalui sama-sama tau sayang, I love you so much,” tulisnya.

Berswafoto selepas solat

Dia menyertakan luahan hatinya itu bersama sekeping gambar swafoto dia dan isteri yang memakai pakaian solat. Mereka juga dilihat bahagia berdua dan tersenyum walaupun diuji dengan pelbagai kontroversi.

Baru-baru ini, Anis Sofea telah mendapat kecaman hebat netizen apabila mengambil keputusan membuka tudung ketika Aidilfitri tempoh hari.

Dia yang berkongsi gambar di Instagram tanpa bertudung telah membuatkan para peminat kecewa kerana wanita berusia 21 tahun itu begitu cantik apabila mengenakan hijab.

Disebabkan itu, Haqiem Rusli teruk dikecam sesetengah netizen yang mengatakan dia tidak pandai mendidik isteri.

Hal tersebut susulan tindakannya sebelum ini yang sentiasa menutup aurat peminat perempuan ataupun kenalan wanita setiap kali memuat naik posting terbaru di media sosial.