Kongsi gambar pakai skirt & rambut pink Barbie, peminat terkejut Masya Masyitah tanggal tudung

Kongsi gambar pakai skirt & rambut pink Barbie, peminat terkejut Masya Masyitah tanggal tudung

Penyanyi, Masya Masyitah membuat kejutan pada Ahad apabila dia memuat naik foto terbaharu tanpa memakai hijab dan menggayakan skirt beserta boot panjang.

Malah Masya juga turut tampil dengan rambut berwarna pink pastel ala Barbie dan tersenyum memandang kamera.

“Your mind has to be stronger than your feelings,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu di ruangan komen rata-rata netizen menyatakan perasaan kecewa dengan penampilan barunya.

Malah tidak kurang juga ada yang sudah boleh mengagak bahawa Masya bakal membuka tudung memandangkan dirinya sering terpalit kontroversi berkaitan dengan penampilan yang tidak bersesuaian sebagai seorang hijabi.
Sebelum ini, Masya pernah dikecam kerana berpenampilan agak seksi selain mengenakan subang pada hidung sehingga digelar sebagai haiwan.