Kongsi video anak Shuib main lato-lato, ramai kata suara Watie persis arwah Siti Sarah

Usahawan dan pempengaruh, Watie Hanifiah mencuri perhatian netizen kerana memiliki suara seakan-akan penyanyi arwah Siti Sarah.
Menerusi perkongsian di TikTok @berryfullhq, Watie menonton video anak-anak lelaki pelawak Shuib iaitu Uwais Alqarni dan Ariq Matin bermain lato-lato.
Menurutnya, dirinya juga terjebak dengan permainan tersebut selepas diajari oleh mereka.
“Dengan saya sekali terjebak, nak tengok (video) pulak saya balik. Tengok eh.
“Aunty pun terjebak sama, anak-anak ajar,” ujarnya.
@berryfullhq Janganlah kita menilai orang dari luaran💜 #watiehanifiah #shuibsepahtu #fyp #berryfull #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyedari bahawa suara Watie sama seperti arwah Siti Sarah.
“Suaranya macam suara arwah. Ke i sorang je dengar.
“Patutlah Shuib nak, suara macam arwah Siti Sarah.
“Gaya cakap dia sama,” komen netizen.