Kongsi video nyanyian, Atilia Haron kantoi buat benda terlarang?

Kongsi video nyanyian, Atilia Haron kantoi buat benda terlarang?

 

Baru-baru ini, pengacara Daphne Iking memuat naik sebuah video di akaun TikToknya memaparkan penyanyi Atilia Haron sedang bernyanyi.

Menerusi video tersebut, difahamkan Daphne dan Atilia sedang berada di sebuah kafe bagi mendapatkan tajaan untuk majlis amal yang bakal diadakan.

“Here at @babang N yaya Café for recce. They have graciously agreed to be our venue sponsor for our #celepets annual Malam Amal this weekend.

“From meeting to soundcheck… tetiba @atilia Haron buat concert jap.”

Namun begitu, penampilan Atilia menjadi bualan dalam kalangan warganet apabila menampakkan tatu pada bahagian belakang badannya ketika sedang menyanyi.

Atalia

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik Atilia.

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa kelakuan dan penampilan penyanyi itu tidak seiring dengan usianya.