Konon nak ‘me time’ dalam kereta, wanita meremang ada suara lain ikut lagu radio, “Dua empat tiga empat..”

Konon nak ‘me time’ dalam kereta, wanita meremang ada suara lain ikut lagu radio, “Dua empat tiga empat..”

 

Setelah penat dengan kerja di pejabat ataupun menguruskan keluarga, setiap orang sebenarnya layak mendapat ‘me time‘ iaitu waktu bersendirian untuk melepaskan tekanan.

Tidak kira di mana pun tempatnya, cukup dengan beli makanan dan minuman yang digemari pun sudah memadai.

Saja rakam nak beritahu tahu suami tengah me time

Namun bagi pengguna TikTok Mama Adellia, siapa sangka ada benda seram yang terjadi padanya sewaktu sedang me time di dalam kereta.

Saat itu, dia kebetulan merakam detik berkenaan untuk dihantar kepada Encik Suami.

Radio pula sedang rancak memutar lagu band Floor 88 berjudul 24434 yang berkisarkan tentang rakaat solat 5 waktu.

Terjumpa video ni, korang dengarlah sendiri…HAHAHAH sapa nyanyi tu?

Sedang berselera makan waffle, tiba-tiba kedengaran satu suara garau lelaki mengikut bait lagu “dua empat tiga empat”.

Tidak menyedari apa-apa, Mama Adellia hanya sambung makan seperti biasa dan sesekali menoleh ke tempat lain.

Rakaman berdurasi 15 saat tersebut telah meraih lebih 600 ribu jumlah tontonan sejak dikongsikan semalam.

@mamaadellia

Terjumpa video ni. Korang dengar laa sendiri. Hahaha. Sape eh nynyi tu?

♬ original sound – Mama Adellia – Mama Adellia

Belakang seat ada wanita rambut panjang…Lepas sebut 24434, dia terus gesel ke tepi

Menerusi ruangan komen, ramai netizen meremang apabila mendengar semula video milik wanita ini.

Tidak ketinggalan, mereka yang mengaku punyai kelebihan hijab terbuka mendakwa ada kelibat di belakang tempat duduk Mama Adellia.

“Wanita rambut panjang yang tidak kelipkan mata serta bergesel ke tepi setelah menyanyi”, itulah antara komen ditinggalkan netizen.