Kononnya dilantik sebagai PA baru, rahsia sebenar DSV akhirnya terbongkar
Usahawan selebriti Datuk Seri Vida sebelum ini mengumumkan pelantikan seorang jejaka, Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar atau Abang Qu sebagai pembantu peribadi (PA) dengan tawaran gaji sebanyak RM10,000 sebulan.
Bagaimanapun, menerusi rakaman video yang tular, Abang Qu mendedahkan dia hanya berlakon sahaja sebagai PA kepada usahawan berkenaan.
“Setelah habis rakaman muzik video Ku Ikhlaskan, saya menunggu juga surat perjanjian kerja memandangkan ia sangat penting namun masih tidak ada.
“Tidaklah saya guna perkataan berhenti kerana pada peringkat awal saya ditawar untuk kolaborasi tetapi kini kami tidak lagi jalankan apa-apa kolaborasi bersama,” katanya.
Abang Qu juga mengakui bahawa kini dia tidak lagi berkolabrasi bersama Vida kerana sehingga sekarang tiada sebarang surat tawaran atau perjanjian kerja diberikan oleh jutawan kosmetik itu.
Sementara itu, Abang Qu mendedahkan pada mulanya Vida telah menawarkan peluang untuk melakukan kolaborasi bersama sebagai rakan kerja tetapi pada akhirnya dia perlu bertugas sebagai PA sebenar walaupun ia hanya lakonan dan arahan semata-mata.
Pada masa sama, dia sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya bersikap lebih peka dengan sebarang tawaran kerja yang diberikan dan pastikan ia mempunyai perjanjian lengkap sebelum memulakan tugas.
Berasal dari Selangor, anak muda berusia 26 tahun itu diambil bekerja selepas beberapa bulan Vida tidak dibantu susulan kemelut bersama bekas PA, Iqbal Zulkefli.
Sebelum ini, Vida pernah memaklumkan beliau menerima banyak permohonan yang mahu bekerja sebagai pembantu selepas mengumumkannya di akaun media sosial sekitar Disember lalu.