Kontroversi Mas Idayu dengan Sissy Imann, Siti Nurhaliza pula dedah sesuatu yang buat ramai terkedu

Kontroversi Mas Idayu dengan Sissy Imann, Siti Nurhaliza pula dedah sesuatu yang buat ramai terkedu

 

Beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan isu kritikan pedas Mas Idayu terhadap Sissy Imann di pentas ‘Famili Duo’.

Bahkan, ada netizen yang mencabar agar penyanyi berusia 51 tahun itu menyertai program ‘Gegar Vaganza’ pula agar vokalnya dapat dinilai. Bagaimanapun, dia enggan melayan permintaan tersebut atas sebabnya yang tersendiri.

Tokti akui ia merupakan sifat sebenar Mas Idayu

Disebabkan sebelum ini pernah jadi salah seorang juri dalam program sedemikian, TokTi berkesempatan untuk mengulas lanjut mengenai cara penjurian tersebut.

Bahkan selebriti berkenaan akui bahawa itulah sifat sebenar Mas Idayu seperti mana yang pernah ditonjolkan ketika mengadili peserta di beberapa program lain.

Semoga Sissy tidak give up dan berlapang dada dengan segala teguran tersebut

Baginya, komen yang diberikan hendaklah dilihat daripada pelbagai sudut positif dan negatif. Malah dia juga berharap agar Sissy tidak give up serta berlapang dada dengan hal yang berlaku. Dalam pada itu, TokTi juga berkongsi pernah menitipkan pesanan buat Siti Sisters supaya kekal tenang serta tabahkan hati andai menerima teguran daripada para juri.

TokTi nampak sangat berhat-hati apabila nak bercakap tentang orang lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui bersetuju dengan ulasan penyanyi terkenal tersebut terhadap kejadian dalam pentas ‘Famili Duo’ Ahad lalu. Dalam pada itu, masing-masing memuji cara TokTi yang kedengaran sangat lemah lembut ketika berikan nasihat.

Pun begitu, ada yang menyifatkan pelantun lagu ‘Nirmala’ itu seorang teliti dalam menyusun ayat sebelum berbicara agar tidak akan timbul salah faham kelak.

Selain itu, masing-masing kelihatan senang mendengar ulasan selebriti tersebut yang padat dengan segala isi yang ingin disampaikan kepada para wartawan