KP KKM dakwa Najib tiada penyakit serius

KP KKM dakwa Najib tiada penyakit serius

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan mantan PM ke-6, Najib Razak tidak mengalami sakit serius seperti yang digembar gemburkan di media sosial sebelum ini.

Kenyataan itu dikeluarkan menerusi Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dato’ Seri Sr. Noor Hisham Abdullah petang semalam.

Menurut kenyataan tersebut. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Najib telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari Jumaat, 9 September 2022 sebagai kes elektif (bukan kecemasan) bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan optimum.

Menurut kenyataan tersebut lagi, pemeriksaan dan ujian berkaitan telah dijalankan oleh Pakar-pakar perunding kanan bertauliah yang terdiri daripada Ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing.

Pihak HKL juga katanya, telah mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua (2) kali yang telah dihadiri oleh Najib dan ahli keluarganya.

Keputusan ujian-ujian telah dimaklumkan semasa sidang ini mengikut amalan professional kedoktoran. Mereka juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau dibenarkan untuk didiscaj daripada HKL.

Sementara itu Noor Hisham tueut memaklumkan bahawa jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM. Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL.

Tambahnya lagi. KKM komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu, namun pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit katanya, boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan mahkamah.