Krisis Umno dan Bersatu : Manakan tidak, kami punya kekasih (Pas) yang kuat nafsu, keluh Noraini

Krisis Umno dan Bersatu : Manakan tidak, kami punya kekasih (Pas) yang kuat nafsu, keluh Noraini

Wanita UMNO menegaskan bahawa mereka menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) iaitu tidak ada kerjasama dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menarik sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, mereka juga bersetuju bahawa UMNO dan Bersatu ‘sukar untuk tidur sebantal’ kerana parti itu mempunyai ‘mimpi yang berbeza’.

”UMNO dan Bersatu ini banyak bertembung dari segi kepentingan. Atas sebab itulah kita sukar untuk mengadakan kerjasama dalam PRU.

”Sudah tentu keputusan ini memberikan pelbagai implikasi politik kepada orang Melayu namun UMNO berpandangan, kita harus terus bersama dengan keputusan yang telah dibuat oleh akar umbi dan kepimpinan parti.

”UMNO harus memikirkan kelangsungan atau survival parti demi mempertahankan agenda Melayu Islam di negara ini,” katanya semasa berucap dalam Persidangan Perwakilan Wanita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, UMNO sebagai parti keramat orang Melayu mempunyai tanggungjawab yang besar untuk meluruskan kembali jalur politik negara.

Walaupun UMNO mengalami kegagalan pada PRU15 lalu, namun parti tersebut katanya, menggunakan ruang untuk bankit kembali literima rakyat.

”UMNO tewas tetapi komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN tetap setia.

”UMNO tewas tetapi hubungan bersama Pas yang dahulunya tidak sehaluan kembali pulih setelah penyatuan ummah digerakkan.

“UMNO tidak pernah terkubur apatah lagi dikatakan lemah sehingga dilihat boleh dipergunakan serta diperkotak-katikkan sesuka hati,” katanya.

Noraini yang merupakan Menteri Pengajian Tinggi berkata, Wanita UMNO mahu kepimpinan parti itu terus tegas dalam memastikan UMNO kembali memimpin.

”Bukan kerana kuasa, bukan kerana kerusi tetapi parti keramat ini perlu mendominasi untuk kesejahteraan rakyat yang sekian lama telah terbukti.

”Jangan sesekali benarkan kerusi yang penat jerih Wanita UMNO dan jentera parti menangi diberikan lagi kepada pengkhianat yang telah lompat parti,” tegasnya. – SH