Kualiti perkhidmatan semakin merosot, warganet senaraikan ENAM aduan paling kerap dilaporkan terhadap McDonald’s
Siapakah di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengenali restoran McDonald’s.
Restoran makanan segera terbesar di dunia itu telah bertapak di Malaysia selama lebih 40 tahun itu selepas membuka cawangan pertamanya di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada tahun 1982.
McDonald’s Malaysia turut menjadi pilihan keluarga di negara ini, terutama ketika umat Islam berada di bulan Ramadan.
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai dalam satu kenyataan sebelum ini juga dengan penuh bangga menyatakan kru di restoran itu juga tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan.
Namun, menurut warganet, kenyataan McDonald’s Malaysia itu bagaikan ‘indah khabar daripada rupa’. Ini selepas peningkatan perkongsian rungutan para pelanggannya di laman-laman media sosial mutakhir ini.
Terbaru, seorang pengguna FB, Apit Hafiz meluahkan kekecewaannya terhadap perkhidmatan yang disediakan salah satu cawangan francais McDonald’s menerusi laman FB Ipoh Station 18 Ajer, Apit turut menyenaraikan 6 kelemahan yang sentiasa dihadapi pelanggan di restoran cawangan tersebut, malah bertambah buruk kebelakangan ini.
Banyak rupanya komplen mengenai MCD Station 18 ni. Takde apa2 tindakan ke?
Takkan staff mcd takde dalam ni. Baca dan perbaiki la masalah kome tu. Karang kalau kami komplen ke HQ kome kata kami pedajal pulak.
Warga Pengkalan ni kira baik lagi la takde yang pi serang kome kat kaunter maki2 baling kerusi. Takkan nak kena macam tu baru nak sedar.
Perbaiki servis kome tu. Koje biar ikhlas sikit.
Komplen paling banyak setakat ni
1) Makanan tak kualiti
2) Order lain dapat lain
3) Order makanan tak dapat
4) Servis dari staff kurang memuaskan
5) Staff suka perli customer
6) Ayor milo takde manjang. Air mahal2 ada
Perkongsian tersebut turut dipersetujui ramai pelanggan yang pernah mengalami pengalaman sama seperti dialami Apit di dalam ruangan komen.