Kuat menentang cadangan awal ‘total lockdown’, Najib sindir Wan Saiful kaki jilat

Kuat menentang cadangan awal ‘total lockdown’, Najib sindir Wan Saiful kaki jilat

Perangai ketua penerangan PPBM ni champion.

Dia bukan sahaja nak ambil kredit Lockdown ketat tapi dia seolah-olah kata tindakan membuat lockdown sebenarnya sudah dalam perancangan kerajaan SETELAH penggunaan kapasiti ICU telah melebihi 100%, keadaan dah kritikal dan kematian Covid pecah rekod hampir tiap-tiap hari.

Mari kita kaji timeline.

“13 April 2021: Malaysia Mungkin Berdepan Gelombang Keempat COVID-19, Rekod Kematian Tertinggi Sejak Februari”
https://www.benarnews.org/malay/berita/malay-covid-19-tertinggi-gelombang-ke-4-04132021145709.html

15 April 2021: Kerajaan tidak akan buat PKP menyeluruh jamin PM8.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/807157/kerajaan-tidak-bercadang-laksana-pkp-menyeluruh-muhyiddin

1 Mei 2021: Katil ICU rawat pesakit Covid-19 hampir kehabisan – KP Kesihatan
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/701373/katil-icu-rawat-pesakit-covid-19-hampir-kehabisan

18 Mei 2021: Kejayaan formula PKP 2.0 dorong ekonomi tidak ditutup sepenuhnya – Menteri Kewangan PN
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/818023/kejayaan-formula-pkp-20-dorong-ekonomi-tidak-ditutup-sepenuhnya

“23 Mei 2021: Kerajaan perlu setengah trilion ringgit jika laksana PKP penuh – PM8”

“23 Mei 2021: Ekonomi negara boleh runtuh jika PKP penuh dilaksanakan sekali lagi – PM8”
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ekonomi-negara-boleh-runtuh-jika-pkp-penuh-dilaksanakan-sekali-lagi-pm-299478

“25 Mei: Penggunaan kapasiti ICU melebihi 100%”
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157920520240952?__tn__=%2CO*F

“28 Mei 2021: Jika PKP 1.0 sekali lagi, 2.8 juta hilang kerja – Menteri MITI PN”
https://utusantv.com/2021/05/28/jika-pkp-1-0-sekali-lagi-2-8-juta-hilang-kerja-azmin-ali/

28 Mei 2021 (diumum keesokan hari): Kes baharu cecah 8,200 dan kematian baharu pecah rekod dengan 98 nyawa terkorban.

28 Mei 2021: Kerajaan umum “Total” Lockdown.

Lalu bila kes baharu reda sedikit, Ketua Penerangan PPBM ambil kredit untuk puji melambung PN bahawa perancangan TERPERINCI kerajaan untuk buat total lockdown adalah tepat.

Link: https://www.facebook.com/wansaifulwanjan/posts/1934997653323360

Sumber: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157937441340952/