Kuliah Maghrib Khas Ustaz Azhar Idrus di Terengganu dihalang pihak masjid

Kuliah Maghrib Khas Ustaz Azhar Idrus di Terengganu dihalang pihak masjid

Ustaz selebriti terkenal tanahair, Ustaz Azhar Idrus menerima tamparan hebat apabila dihalang daripada menyampaikan Kuliah Maghrib Jemputan malam ini

Perkara tersebut diumumkannya menerusi poster yang dimuat naik di laman rasmi FB miliknya pagi tadi.

Lebih mengejutkan, pembatalan tersebut berlaku di negeri kelahirannya sendiri, yang ketika ini ditadbir oleh kerajaan Pas, parti yang disokong semenjak aktif menyampaikan kuliah agama.

Perkongsian pengumuman pembatalan tersebut sehingga kini mendapat 10 ribu tanda suka, lebih seribu komen dan lebih 300 perkongsian.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat beliau melahirkan perasaa marah dengan tindakan yang dilakukan pihak masjid tersebut.

Sehingga kini, tiada makluman rasmi dibuat oleh pihak masjid tersebut. Namun ramai berpendapat perbezaan pegangan politik menjadi punca kepada tindakan tersebut.

Meskipun Pas dan UMNO bersama-sama di dalam pentadbiran kerajaan pusat, namun kedua-dua parti tersebut kekal berseteru di Terengganu. Malah UMNO tekad untuk bangkit merampas kerajaan Pas Terengganu pada PRU-15 nanti.