Kurang ajar! Mat Salleh ini ludah lelaki ketika potong barisan nak naik teksi

Kurang ajar! Mat Salleh ini ludah lelaki ketika potong barisan nak naik teksi

 

Sejak semalam, tular di media sosial seorang lelaki yang mendakwa dirinya diludah lelaki warga asing (mat salleh) semasa ingin menaiki teksi.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter @brdthrnry, lelaki tersebut menceritakan pada awalnya dia sedang beratur sambil menunggu teksi.

Mat salleh datang potong barisan untuk menaiki teksi

Bagaimanapun, secara tiba-tiba seorang mat salleh datang memotong barisan lelaki yang sedang beratur itu.

Namun ketika teksi tiba, lelaki tersebut dengan segera menerpa ke arah pintu kereta serta menepis mat saleh itu untuk beratur.

Mat salleh meludah pasal tak dapat masuk teksi

Tanpa diduga, lelaki tersebut mendakwa mat salleh terbabit meludahnya kerana berasa marah tidak dapat menaiki teksi berkenaan.

“Baru sahaja mengalami kejadian yang tidak menyenangkan hari ini. Saya sedang beratur untuk menaiki teksi dan datang pula seorang mat saleh yang kebetulan memotong barisan.

“Apabila teksi tiba, saya cepat-cepat masuk dan menepisnya untuk beratur tetapi yang mengejutkan saya, dia meludah saya,” katanya.

https://twitter.com/brdthrnry/status/1636170684039823360?s=20

Mengikut gambar dan video yang dikongsikan olehnya, kejadian dipercayai berlaku di ruangan menunggu bas Light Rail Transit (LRT) Ampang Park, Kuala Lumpur.

Sementara itu, kebanyakan pengguna Twitter turut mengecam tindakan yang dilakukan oleh mat saleh terbabit selain menyatakan rakyat Malaysia tidak seharusnya terlalu memberi layanan yang baik kepada mereka.

Masa untuk kita cakap balik “Pulanglah ke negara anda”

Kongsi pengalaman sama yang dilalui oleh mereka

Malah, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dilalui oleh mereka di saat sedang menunggu pengangkutan awam.