KWSP buru majikan culas bayar caruman pekerja bernilai hampir RM800 juta

KWSP buru majikan culas bayar caruman pekerja bernilai hampir RM800 juta

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menubuhkan pasukan khas bagi memburu 16,575 majikan yang gagal melunaskan caruman kepada 144,225 pekerja melebihi tiga bulan ke atas bernilai RM774 juta.

Memetik laporan Kosmo,daripada jumlah itu, lebih 12,000 pengarah syarikat telah dikenakan tindakan larangan ke luar negara kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai majikan.

Difahamkan, usaha itu dilakukan bagi mengimbangi aliran tunai sebanyak RM40.1 bilion yang dikreditkan ke dalam akaun 5.3 juta ahli pada 18 April lalu.

Majikan daripada pelbagai sektor termasuk perkhidmatan dan perkilangan.