KWSP jual aset untuk biayai skim i-Sinar, i-Lestari

KWSP jual aset untuk biayai skim i-Sinar, i-Lestari

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus menjual asetnya untuk menyediakan dana bagi membolehkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 dan Akaun 2 mereka.

Langkah itu mula dilaksanakan sejak Mac lalu.

KWSP menganggarkan pengeluaran di bawah skim i-Sinar dan i-Lestari akan menyaksikan sekitar RM45 bilion keluar daripada dana persaraan itu menjelang tahun depan.

Pengurangan caruman tahun ini dan tahun depan meningkatkan jumlah aliran tunai kepada kira-kira RM60 bilion, lapor Malaysian Reserve.

“Buat masa ini, ini soal meningkatkan strategi, yang bermaksud (kita akan melihat) apakah ada keperluan untuk menyeimbangkan kembali aset kita.

“Setakat yang kami tahu, Peruntukan Aset Strategik (SAA) akan terus jadi pemacu utama. Kami juga sangat prihatin mengenai impak terhadap pasaran,” kata ketua pegawai pelaburan KWSP, Rohaya Mohamad Yusoff

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias ​​tidak memberikan perincian mengenai rancangan kecairan.

Dia juga menolak untuk mengulas dividen bagi tahun 2020, dengan hanya mengatakan bahawa mandat dana itu adalah untuk memberikan sekurang-kurangnya 2.5 peratus dividen nominal setiap tahun.

“Untuk setiap jumlah wang yangkami berikan kepada ahli kami, ini juga bermaksud lebih sedikit wang untuk kami laburkan.

“Ini adalah masa yang belum pernah terjadi sebelumnya aset berkualiti tinggi dengan penilaian yang sangat rendah. Apabila lebih banyak wang dikeluarkan dan tidak dapat digunakan, sebagai gantinya adalah kita akan kehilangan peluang,” kata Tunku Alizakri.

Di bawah skim i-Lestari, pencarum boleh mengeluarkan RM500 sebulan hingga RM6,000 daripada Akaun 2 mereka.

Sementara itu, di bawah skim i-Sinar membolehkan mereka yang kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji, atau tidak mempunyai sumber pendapatan lain mengeluarkan sehingga 10 peratus simpanan Akaun 1 mereka, selagi mereka mempunyai minimum RM100 dalam simpanan mereka.

Pengkritik mempersoalkan mengapa kerajaan sendiri tidak membantu sebaliknya meminta pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka.

Sumber: Malaysiakini