“Laa block i balik? Lemah”, Puteri Sarah dakwa bukan tak boleh bertolak ansur tapi…

“Laa block i balik? Lemah”, Puteri Sarah dakwa bukan tak boleh bertolak ansur tapi…

 

Minggu lalu, hubungan Puteri Sarah Liyana dan suami, Syamsul Yusof sudah mulai pulih berikutan telah mencapai kata sepakat selepas berbincang di luar mahkamah.

Namun, Syamsul Yusof tidak melafazkan talak seperti dijadualkan menyebabkan situasi kembali tegang.

Malah, Puteri Sarah juga menolak sekeras-kerasnya syarat yang diletakkan oleh pengarah Munafik itu.

Syamsul pelik tiba-tiba Puteri Sarah minta duit lebih banyak punca tak jadi lafaz

Kenyataan yang dimuatnaik oleh Syamsul Yusof melalui laman Instagramnya kemudian terus dibalas oleh Puteri Sarah.

Dikatakan meminta amaun yang berlebihan dari dipersetujui, aktres itu menegaskan ia memadai dengan kerosakan selama kemelut rumah tangga mereka berlangsung terutama sekali haknya sebagai isteri.

Tambahnya, koleksi kereta mewah milik Syamsul boleh dijual jika tidak cukup untuk menampung tuntutan nafkah yang dipinta untuk anak-anak.

“Laa Block I Balik? Lemahhhh.”

Puteri Sarah mendedahkan Syamsul telah menyekat nombor telefonnya semula dan menganggap lelaki itu lemah.

Selain itu, dia menegaskan tidak pernah sesekali menyebut akan menarik tuntutan saman terhadap Ira Kazar dan keluarga.

Dia hanya menyatakan akan menyelesaikan satu per satu selepas berpisah sama ada melalui luar mahkamah atau inisiatif lain.

Murah sungguh nilai family u semata nak tarik kes family puaka?

Tambahnya lagi, disebabkan Ira Kazar sekeluarga, rumah untuk anak-anaknya tidak disediakan.

Malahan, dia tidak akan berhenti memperjuangkan tuntutan saman terhadap keluarga madunya itu sehingga mereka dipenjarakan.

Aktres Andai Itu Takdirnya turut menegaskan saman terbabit adalah di antaranya dengan Ira Kazar.

Oleh itu Syamsul telah diminta untuk tidak campur tangan dalam perkara tersebut.

Selain itu, ibu kepada Syaikhul dan Sumayyah menyatakan dia boleh berbaik semula dengan Syamsul tetapi tidak dengan mereka.