Lagi banjir di Baling, kelemahan kerajaan atasi masalah punca penduduk menderita

Lagi banjir di Baling, kelemahan kerajaan atasi masalah punca penduduk menderita

Hujan lebat tanpa henti lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kampung di daerah Baling dilanda banjir kilat.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat, berkata antara kampung yang terjejas adalah Kampung Batu Tujuh Rambong, Charok Juan, Telok Sanau dan Bendang Sera di mukim Baling.
Beliau berkata, hujan lebat itu menyebabkan aliran air dari Gunung Inas meningkat.
“Air di Sungai Charok Juan meningkat dan mengalir deras serta melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berhampiran sungai.
“Sehingga jam 7 malam tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka kerana air yang memasuki rumah mangsa buat masa ini hanya sedalam kira-kira 0.3 meter.
“Pemantauan sedang dilakukan polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sementara itu, Shamsudin menasihati penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah jika keadaan menjadi semakin buruk.