Lagi kegagalan RFID disuarakan pakar kewangan Islam ini

Lagi kegagalan RFID disuarakan pakar kewangan Islam ini

Jika saya masuk ke sesuatu toll menggunakan RFId maka hendaklah saya keluar juga dengan RFId, masalahnya :

1. Lorong RFID adakalanya hanya satu dan sedang penuh pula dengan kereta berundur. Lihat dua gambar sebenar yang berlaku. Seeloknya tambahkan Rfid kaunter sekurang-kurangnya ada dua kaunter.

2. Pernah saya masuk ikut RFID dan keluar ikut lorong Smart Tag kerana lorong RFID ‘tersumbat’, tidak semena-mena dikenakan caj lebih dari RM30 iaitu caj penuh dari hujung masuk ke hujung keluar highway tanpa mengira tol masuk yang sebenar.

3. Walhal kami pengguna tidak pernah sedar bila dasar itu diperkenalkan kerana tahun sebelumnya masih boleh masuk dan keluar walaupun menggunakan smart tag dan rfid.

Yang terbaru saya tidak pasti kerana tidak pernah mencuba lagi kerana tidak mahu dicaj mahal secara tiba-tiba.

4. Syarikat pengurus Rfid atau smart tag perlu menjelaskan dengan jelas kepada pengguna jika ada sebarang perubahan dasar via sms atau email kepada pengguna, maklumat di web tidak cukup kerana tiada sebab pengguna mahu ke web syarikat itu setiap hari.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Sertai group saya
https://t.me/DrZaharuddinGroup