Lagi kejadian bunuh kejam libatkan ahli keluarga, ibu maut ditikam anak lelaki

Lagi kejadian bunuh kejam libatkan ahli keluarga, ibu maut ditikam anak lelaki

Seorang warga emas maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu kira-kira pukul 3 petang tadi.

Mangsa berusia 60-an dikatakan tinggal di rumah berkenaan bersama seorang anak lelakinya yang juga suspek utama berusia 40-an selepas kematian suami pada bulan lalu.

Ketika ini, pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berada dilokasi untuk siasatan punca kejadian.

Menurut saksi yang juga jiran mangsa, kejadian disedari selepas adik perempuan lelaki terbabit berlari keluar rumah meminta pertolongan dalam keadaan berlumuran darah.