Lagi kejadian hina Islam, ‘tiktokers’ wanita berbikini atas sejadah mengaku nabi wanita pertama

TINDAKAN pemilik akaun TikTok Mariam Hadid yang menggelarkan dirinya sebagai ‘nabi wanita pertama’ mengundang kemarahan netizen di media sosial.
Video-video yang dihasilkan wanita Arab itu tular dan turut mendapat perhatian netizen Malaysia sehingga wujud satu gerakan untuk melumpuhkan akaun TikTok miliknya.
Di laman Facebook, seorang pemuda dikenali sebagai Mohd Azahar menggesa orang ramai agar membuat laporan kepada pihak TikTok dalam usaha menyekat penghasilan video oleh wanita itu.
“Untuk siapa-siapa yang ada TikTok mohon report akaun ni, dia mengaku dia nabi perempuan dan kebanyakan content menghina agama Islam.
“Jangan biarkan agama Islam dihina. Jadi marilah kita report TikTok dia biar dia tidak lagi membuat content yang menghina agama kita.
“Jika diam saat agama kamu dihina, gantilah baju kamu dengan kain kafan,” ujarnya dalam posting tular yang meraih 11,000 perkongsian semula di Facebook Mohd Azahar.

Memiliki lebih 73,000 pengikut, Mariam Hadid yang sentiasa memakai tudung dalam setiap video turut mendedahkan bahawa dia merupakan seorang model.
Dia turut bertindak biadab apabila melakonkan aksi solat sambil memakai kostum ala Spider-Man berhijab.
Dalam satu video berlainan, dia duduk di atas sejadah sambil membaca al-Quran dengan memakai kostum berkenaan.
Video penghinaan itu sehingga kini meraih lebih 1.1 juta tontonan.
Untuk rekod, wanita itu mula aktif menghasilkan video sejak awal tahun lalu namun kisahnya baru sahaja mendapat perhatian di negara ini.
Video terakhir yang dimuat naik tiga hari lalu memaparkan aksi dia menggoyangkan buah dada sambil memakai tudung dan baju tanpa seluar.