Lagi kejadian isteri dicerai suami guna applikasi ‘whatsapp’

Lagi kejadian isteri dicerai suami guna applikasi ‘whatsapp’

Isu masalah rumah tangga seringkali menjadi tatapan pengguna media sosial mutakhir ini. Apa yang lebih membimbangkan apabila masalah tersebut gagal diselesaikan secara baik sehingga mengakibatkan perceraiab, yang sudah pasti memberi kesan kepada ramai orang.

Terbaru kisah rumah tangga penyanyi yang populat dengan lagu ‘Janji Manismu’ ini. Dalam berita yang dilaporkan Harian Metro, Aishah mengesahkan dirinya telahpun kembali solo selepas diceraikan suaminya penghujung tahun lalu.

Aishah berkata bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu melalui aplikasi WhatsApp pada 25 Disember lalu dan mengakui menangis apabila membaca mesej tersebut.

“Segala-galanya sudah selesai apabila saya diceraikan talak satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu. Bohonglah, jika saya tidak bersedih dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot. Saya menangis sebaik sahaja membaca mesej yang dikirimkan.

“Namun, saya akur dengan ketentuan takdir. Walau apapun yang berlaku, hidup harus diteruskan,” katanya.

Meskipun kembali hidup bersendirian, Aishah berkata ia bukan perkara baru baginya kerana dua anak lelakinya masih bersama sebagai sumber kekuatan dan hidupnya kini hanya untuk anak-anaknya.

“Ini bukan perkara baharu buat saya. Lagipun, saya pernah melalui pengalaman sama sebelum ini. Masa itu, anak-anak masih kecil lagi. Masih terbayang apabila saya terpaksa mengangkut anak-anak bersama ketika bekerja kerana tiada siapa dapat menjaga mereka.

“Sekarang, anak-anak sudah dewasa dan menjadi tempat untuk saya bergantung harap. Hidup saya kini hanyalah untuk anak-anak,” katanya.

Pada November lalu, Aishah mendedahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suami selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.