Lagi kejadian pandu lawan arus, rakyat akur isu pemandu mabuk bukan lagi keutamaan kerajaan

Lagi kejadian pandu lawan arus, rakyat akur isu pemandu mabuk bukan lagi keutamaan kerajaan

Seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk ditahan selepas memandu secara melawan arus sejauh kira-kira 50 meter di Kilometer 6.5 Kerinchi Link dari arah Plaza Tol A ke Plaza Tol awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, penahanan suspek berusia 33 tahun itu dilakukan sekitar pukul 1.15 pagi oleh pasukan peronda lebuh raya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lelaki warga tempatan itu telah melawan arus dengan memandu sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna emas dari laluan selatan ke utara di lebuh raya berkenaan.

“Suspek bersama kenderaannya di bawa ke Balai Polis Jalan Tun H.S Lee untuk menjalani ujian pernafasan alkohol dan tindakan lanjut.

“Keputusan ujian Evidential Breath Analyzer (EBA) terhadap suspek menunjukkan terdapat sebanyak 254 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber – MalaysiaGazette