Lagi kes penjawat awam terlibat pesta seks liar, terbaru 5 pasangan di tahan di kondominium positif dadah

Lagi kes penjawat awam terlibat pesta seks liar, terbaru 5 pasangan di tahan di kondominium positif dadah

Polis menahan 10 individu selepas disyaki terbabit dalam aktiviti parti liar di sebuah kondominium mewah di Jalan Imbi, di sini, semalam.

Hasil ujian air kecing ke atas mereka mendapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata serbuan dilakukan jam 7.30 malam menerusi Op Pematuhan SOP yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, ketika serbuan, polis mendapati lima lelaki dan lima wanita tempatan berusia antara 18 hingga 40 tahun berada dalam satu unit kediaman yang disewa dengan bayaran RM260 untuk dua hari bagi tujuan berhibur.

Pemeriksaan juga mendapati salah seorang daripada mereka adalah penjawat awam dan seorang lagi bekas penjawat awam.

“Kesemua mereka yang ditahan adalah warga tempatan di mana seorang daripada mereka merupakan penjawat awam dan seorang lagi bekas penjawat awam yang telah dibuang kerja,” katanya.
Mohamad Zainal berkata, kesemua mereka, yang merupakan pasangan kekasih, dikenakan kompaun sebanyak RM42,000.

“Dua daripada mereka dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang kerana didapati merentas daerah dari Kajang dan Sungai Buloh secara tidak sah manakala lapan lagi individu dikenakan kompaun RM4,000 setiap seorang kerana melanggar SOP.

“Jadi jumlah kompaun keseluruhan yang dikenakan ke atas kesemua individu terbabit adalah sebanyak RM42,000,” katanya.

Polis turut merampas minuman keras dan pembesar suara ketika serbuan.

Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta 342 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Sumber – AstroAwani