Lagi kes tarian bogel dilaporkan, netizen luah kecewa dengan peranan menteri Pas

Lagi kes tarian bogel dilaporkan, netizen luah kecewa dengan peranan menteri Pas

Pengguna media sosial hari ini meluahkan kemarahan mereka beramai-ramai terhadap penghinaan yang dilakukan pihak yang cuba mencemarkan kesucian agama Islam dalam negara ini.

Ini selepas tertularnya satu program Majlis Hari Raya yang turut diselitkan dengan tarian separuh bogel melibatkan kalangan pondan.

Dalam luahan kemarahan yang disuarakan, mereka cuba membangkitkan kembali sikap pihak menteri terutamanya dari kalangan parti Pas yang begitu lantang menyerang kerajaan PH yang didakwa pro LGBTQ sewaktu mereka menjadi pembangkang dahulu.

Namun selepas mendapat jawatan menteri, puak LGBTQ ini didakwa semakin giat melakukan aktiviti secara terbuka tanpa sedikitpun merasa takut akan diambil tindakan oleh pihak berwajib.

Malah kata mereka, isu melibatkan video lagu raya melibatkan tokoh kosmetik terkenal dan lelaki lembut juga dilepaskan tanpa sebarang tindakan sewajarnya.

Semalam, polis menahan seorang `instafamous’ kerana dipercayai terbabit dalam kejadian tular pondan menari separuh bogel serta pembakaran bunga api sehingga mengganggu ketenteraman awam di Central Walk I-city, di sini.

Memetik laporan FMT, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan ke atas suspek dilakukan susulan laporan polis oleh Badan Pengurusan Bersama I-Soho I-City.

“Penganjur (suspek) yang dikenali dengan nama panggilan Cik Lala adalah individu yang menyewa unit berkenaan dengan kos RM4,000 untuk Majlis Hari Raya dengan jemputan kira-kira 50 orang kenalannya Jumaat lalu.

“Siasatan mendapati, tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api itu adalah dianjurkan oleh penganjur sendiri.

“Penganjur bagi majlis ini ditangkap semalam dan direman sehingga 31 Mei untuk siasatan lanjut.

“Polis juga sedang dalam tindakan untuk menjalankan beberapa lagi tangkapan, sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak” katanya.

Mohd Iqbal berkata, pihak JMB membuat laporan polis pada 28 Mei lalu selepas mendapat mesej WhatsApp mengenai aktiviti tarian separuh bogel oleh penari pondan dan pembakaran bunga api di dewan UG di Central Walk I-City.

“Menurut pihak berkenaan, perlakuan itu boleh menjatuhkan imej I-City sebagai salah satu tarikan pelancong di Selangor.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 27 Mei sekitar jam 8 hingga 11.30 malam di Dewan Unit B-Ug-12 Upper Grand Floor Central Walk I-City.

“Siasatan mendapati, sekumpulan lelaki pondan membuat tarian separuh bogel diikuti dengan muzik yang kuat serta terdapat aktiviti pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk,” katanya.