Lagi pelakon Melayu Islam beraksi lucah, netizen kecam sikap kerajaan pro-maksiat
Barangkali rakyat negara kita semakin muak membaca pendedahan demi pendedahan melibatkan perlakuan lucah melibatkan kalangan mereka dari industri seni dan pempengaruh ini.
Belumpun selesai dikejutkan dengan kes tarian bogel melibatkan pempengaruh media sosial di i-City, mucul pula kisah artis berbangga mendedahkan dirinya dalam keadaan mengaibkan berpakaian separuh bogel di laman Instagram miliknya.
Biarpun sudah mengundur diri daripada industri seni, pelakon Sarah Hildebrand tetap mendapat perhatian daripada warganet.
Terbaru, nama Sarah sekali lagi menuai kecaman netizen gara-gara tindakan beraninya memuat naik foto terlampau seksi di media sosial.
Gambar kontroversi
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Sarah memuat naik beberapa gambar yang mengundang. Antaranya bergambar di hadapan cermin dengan mengenakan bra (pakaian dalam) dan boxer brief.
Hantaran itu juga ditulis dengan kapsyen; ‘Feeling appreciated is much appreciated.’
Ada yang puji, ada yang allahuakbar..
Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi dan respons.
Ada segelintir netizen yang menekankan pemilik nama Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand hanya berhijrah ke luar negara bukan sudah menukar agama.
Awak hanya berubah (pindah) negara bukan agama kan? Tolong tahu had limit.
Balas komen individu terbabit, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu menyatakan dia tidak akan keluar dari agama Islam.
Dilahirkan dan dibesarkan sebagai Muslim dan saya akan mati sebagai Muslim.
Bagaimanapun, ada yang memuji kegigihan Sarah bersenam demi mendapatkan ‘body goals’ yang diidamkan oleh semua wanita.
Sebelum ini, Sarah memberitahu dia sudah berpindah ke Amerika Syarikat bagi memulakan kehidupan baru.
Sumber – Oh!Bulan