Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ dah mendunia sampai ke Jepun, tapi ada cubaan ‘claim’ dari negara jiran

Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ dah mendunia sampai ke Jepun, tapi ada cubaan ‘claim’ dari negara jiran

 

Baru-baru ini, lagu raya kumpulan De Fam bertajuk Alamak Raya Lagi! menjadi semakin tular di platform media sosial

Ramai dilihat membuat video raya bersama kawan-kawan dan keluarga menggunakan lagu itu sebagai momen di hari raya.

Malah, lagu tersebut telah tular sehingga ke negara Jepun apabila video tiga orang gadis menari dengan lincah mendapat perhatian ramai termasuklah ahli kumpulan De Fam sendiri.

Image from @nona_avantgardey (Instagram)

Tetapi, ada pula komen dari negara jiran tiba-tiba claim lagu itu dari Indonesia

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 835K tontonan dan 29K tanda suka di Instagram, rata-rata warganet dari Malaysia memuji tarian mereka.

Ahli kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana pun meninggalkan komen teruja dan menyukai tarian mereka.

Namun, terdapat satu komen seorang individu dari Indonesia mengatakan lagu Alamak Raya Lagi! adalah dari negaranya membuatkan ramai rakyat Malaysia triggered.

Image from @nona_avantgardey (Instagram)

Image from @nona_avantgardey (Instagram)

Image from @nona_avantgardey (Instagram)

Image from @nona_avantgardey (Instagram)

Untuk pengetahuan anda, orang Jepun juga menggunakan perkataan Alamak iaitu ‘Arama’ dan bunyinya lebih kurang sama dengan bahasa Melayu kita.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Instagram:

Image from @nona_avantgardey (Instagram)

Image from @nona_avantgardey (Instagram)

Image from @nona_avantgardey (Instagram)

Tumpang bangga bila lagu Malaysia viral sampai ke tahap international. Terbaiklah De Fam!